√ Warung Kita Dengan Nasi Manggey Di Kajang - Adarain

Warung Kita Dengan Nasi Manggey Di Kajang

Nasi Manggey - Fuh! dah lama kot tak share kat sini pasal makanan. Dok selalu share pasal event kali ini nak share pasal satu kedai makanan yang baru buka di Kajang iaitu Warung kita.


Mungkin ada yang dah pernah dengar nama kedai Warung Kita sebab ada cawangan lain di Klang tapi macam aku, ni first time dengar nama kedai Warung kita.




[caption id="attachment_6013" align="aligncenter" width="720"]Warung Kita Sumber gambar dari fb Warung kita[/caption]

Warung Kita Dengan Nasi Manggey


Bila nampak je iklan Warung Kita kat facebook terus rancang pergi ke sana sebab berdasarkan komen2x yang diberikan sangat positif.


So, apa yang bestnya dengan Warung Kita?


Yang bestnya dengan Warung Kita adalah makananya yang sangat sedap seperti Nasi Berlauk Ikan Tongkol dan Nasi Lemak Ikan Tongkol.


Tertanya plak apa tu Nasi Manggey? ada yang kata nasi memanggil la, nasi berlauk la macam2x la.


Nasi manggey ni cuma letak kuah kari dan ayam yang dipotong kecil.


Time aku ke sana tu waktu pagi jadi orderlah Nasi Lemak Ikan Tongkol.


Owh ya, kena layan sendiri means korang kena datang ke hadapan or kaunter dia untuk order makan apa yang korang nak dan secara direct korang akan dapat makanan korang.


Cara penyediaan makanan pula berbungkus walaupun korang makan kat kedai still dorang akan bungkuskan makanan beralaskan daun pisang.




[caption id="attachment_6014" align="aligncenter" width="720"]Nasi Lemak Ikan Tongkol Sumber gambar dari fb Warung kita[/caption]

Nasi Lemak Ikan Tongkol Warung kita memang sedap sebab ada ikan tongkol kan. hahaha sambal pun sedap. Lain hari plak, order Nasi Berlauk Ikan Tongkol pun sedap gak, dia punya kuah tu yang sedapp sangat.




[caption id="attachment_6015" align="aligncenter" width="720"]Nasi Manggey - Nasi Berlauk Ikan Tongkol sumber gambar dari fb Warung Kita[/caption]

Memang recommend siapa yang nak makan tu bolehlah singgah sini memenuhkan perut.


Harga makanan pun berpatutan kira berbaloi.



Waktu Operasi Warung Kita Kajang


Waktu Operasi : 7 pagi-10 malam
( setiap hari)
Infoline : 03-8912 2526

Lot 1,Jalan ST/1,Batu 18,Kawasan Industri Sg Tangkas,Kajang.
(200 M dari simpang Komuter UKM)

Boleh je waze or google maps Warung Kita Bangi.

Get notifications from this blog

16 comments

  1. Biasa dengar nasi Wanggey dekat Ipoh Perak.. Ni baru first time dengar nasi Manggey.. tapi nampak sedap juga.. boleh layan ni..

    ReplyDelete
  2. tengok pon rasa terliur ni.

    ReplyDelete
  3. sedap nampak, terutama nasi lemak itew

    ReplyDelete
  4. nampak enak dilihat hehe makanan tradisional tuh?

    ReplyDelete
  5. wah. nampak penuh keta dan moto. depan kedai... tentu sedap tu....

    ReplyDelete
  6. baru jer berborak pasal ni semalam kat group wasap..patutlah vuiral yer..kene beratur panjang katanya..

    ReplyDelete
  7. kalau datang pagi tak beratur panjang, kalau tengahari hunjung minggu kena beratur panjang.

    ReplyDelete
  8. tampak sederhana tapi bikin lidah goyang

    ReplyDelete
  9. boleh p ni...npk cm student ukm ja yg ramai serbu...dapnyerr nasi ikan tongkol

    ReplyDelete
  10. Budak GI pun ramai yang makan kat situ.

    ReplyDelete
  11. ini kalau makan tengah hari sure penuh ni...pehhhh

    ReplyDelete
  12. Setiap hari pun penuh kedai ni, dari siang sampai ke malam

    ReplyDelete