Kitchen Pots Di Jalan Reko Sentral Kajang
Kitchen Pots - Hari itu review Kayan+Co Cafe, kali ini review tempat makanan lain pula di Jalan Reko, Kajang, Selangor iaitu Kitchen Pot's.
Tentang Kitchen Pots
First time datang ke kedai ini memandangkan baru perasan kewujudan kedai makan ini kat area econsave Kajang. So, apa lagi kita terjah la try makan kat sini mana tau makanan kat sini sedap.
Dikatakan baru sahaja dibuka pada hujung bulan Oktober.
Kalau tengok dalaman Kitchen pots nampak bersih dan menarik dengan dipenuhi dengan gambar yang mempunyai kata2x menarik di dinding.
Menu Kitchen Pots
Menu kedai makan ini ada makanan serapan pagi, tengahari dan makan malam. Menu yang disediakan pula ada makanan Western dan makanan asam pedas serta kari. Minuman pula ada macam2x ada korang just pilih je apa yang ada, nak kopi pun ada macam latte, cappucino, Espresso, Mocha dan banyak lagi.
Macam saya pula tertarik dengan minuman Grean Tea Frappes.
Makanan pula saya order kuew Tiaw With Chicken Pots
Serius dia punya portion makanan dia sangat banyak sampai penuh perut dan tak larat nak makan dan yang penting sedapp, boleh kata berbaloi dengan harganya
Manakala rakan saya pula order nasi dengan asam pedas. Saya rasa dia punya makanan memang sedap kuah asam pedas dan tersangat pedas. Siapa yang suka makan pedas boleh try order makan asam pedas.
Masa nak tunggu makanan nak sampai tu agak lama juga mungkin disebabkan asam pedas yang disediakan bukan yang dah siap sedia ada kena tunggu masak semuanya. Maknanya memang fresh la asam pedas dorang.
Kedai ini punya style ala2x hotel siap sediakan sudu dulu bagai. Sudu pula diletakkan ke atas pinggan khas begitu juga dengan sudip.
Kalau nak lepak minum santai2x je pun elok sebab kek pun ada disediakan. So, sesiapa yang ada kat kajang ke kat Bangi tu bolehla try makanan kat sini :D
Lokasi Kitchen Pots
Get notifications from this blog
sedap nampak air tu. ID pun cantik juga
ReplyDeletewahhh..macam sedap jee..tempat dia ni dekat dah ngn umah kawan...nanti klu g sana boleh try ni..
ReplyDeleteActually... i ada visit port ni dah dua kali... yang amat hairannya.. i buleh stay 3 hours.. take dinner...
ReplyDeletetak boring.. evergreen lagu...
suggestion for next visit.