√ Tips Percutian ke Batu Ferringhi Hotels - Adarain

Tips Percutian ke Batu Ferringhi Hotels

Sejarah Batu Ferringhi


Terdapat aktiviti manusia di Batu Ferringhi seawal tahun 1592, apabila seorang Inggeris, Sir James Lancaster, tiba dan mula merompak kapal-kapal  di sekitar Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, bagi kebanyakan sejarawan, Batu Ferringhi adalah sebuah kampung yang tenang, sehingga pembandaran kawasan yang bermula pada tahun 1970-an. Perkataan Ferringhi adalah asalnya istilah Melayu bagi seseorang berketurunan Portugis, tetapi akhirnya dirujuk sebagai pengaruh orang Barat.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu

Sebaliknya, ia diperolehi daripada Ferringi Arab, perkataan yang juga digunakan di Timur Tengah dan Afrika yang bermaksud seorang warga asing dari barat Batu Ferringhi, oleh itu, bermakna tempat di mana orang Barat telah datang ke darat, dengan batu perkataan Melayu merujuk kepada pantai berbatu kawasan tertentu. Jika ada satu perkara yang menarik pengunjung ke Pulau Pinang, ia pasti merupakan keindahan pantai di Batu Ferringhi. Merupakan destinasi rehat yang menenangkan, terasing dari bandar yang sibuk, tempat ini tidak dapat dinafikan merupakan sebuah kawasan yang boleh dipanggil syurga dunia. Pada hari ini, untuk memenuhi keperluan pelancong, beberapa major high-rise accomodation telah ditubuhkan di sepanjang 4km persisiran pantai, termasuklah Hard Rock Hotel Penang.


Destinasi Batu Ferringhi Paling Popular


Sebagai salah satu destinasi yang paling popular di Pulau Pinang, atau lebih tepat destinasi yang kedua paling popular selepas Georgetown, tempat ini terdiri daripada hamparan pantai yang panjang dan putih serta lembut di sepanjang jalan yang teduh yang dinamakan Jalan Batu Ferringhi. Di sini, korang akan terpesona dengan sejumlah besar Batu Ferringhi hotels dan pilihan tempat makan yang banyak.


Resort-resort si pantai ini juga menawarkan pelbagai aktiviti sukan air seperti parasailing, banana boat, jetski dan kayak. Jika cuaca mengizinkan, korang boleh nampak pemandangan indah Laut Andaman dan Gunung Jerai, yang terletak di negeri jiran, Kedah Darul Aman. Untuk sampai ke sini, korang boleh melalui jalan udara iaitu dengan kapal terbang yang akan tiba dan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang atau melalui jalan darat, sama ada memandu kereta atau dengan menaiki bas yang melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).


Bagi korang yang ada bajet lebih, berikut merupakan antara tempat penginapan lima bintang yang terkenal di kawasan ni ; Golden Sand Resort by Shangri-La, the majestic Bayview Beach Resort Penang, Lone Pine dan Shangri-La Rasa Sayang Resort and Spa. Walau bagaimanpun, terdapat juga cheap accomodation bagi korang yang travel on a tight budget.

Bagi saya, kalau korang jenis yang pentingkan privacy, accomodation jenis dorm atau asrama tak sesuai untuk korang. Sebab korang kena share bilik dan bath room dengan guest lain. One more thing, kebersihan kat dalam bilik juga belum tentu terjamin. Tapi kalau dah terpaksa, redah je laa kan. oh ye, untuk yang nak merasa suasana tinggal di ala-ala rumah bersama keluarga atau kumpulan yang besar, korang boleh try usha homestay yang ada kat sekitar area ni. Cara ni lagi menjimatkan sebab terdapat kemudahan dapur dan kelengkapan rumah yang lain. Korang boleh masak dan cuci pakaian sendiri di homestay tu. Nak tau lebih lanjut, korang boleh find out more kat Traveloka.com

Menarik di Pulau Mutiara


Di Pulau Mutiara ni, terdapat banyaak tempat tarikan pelancong yang menarik. Antaranya seperti Moonlight Bay Wet World Wild, Night Market, Tropical Spice Garden, Bukit Bendera, Padang Kota Lama, Queen Victoria Clock Tower, Penang Time Tunnel 3D Musuem, bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Botanical Garden, War Musuem dan banyak lagi. Luangkan sedikit masa untuk menikmati budaya masyarakat tempatan di sini yang sangat colorful dan unik. Jangan lepaskan peluang untuk try macam-macam jenis makanan yang terdapat di sini.  


Part ni, saya guarantee korang takkan rugi sebab negeri ni juga terkenal dengan jolokan nama syurga makanan. Pergerakan dalam bandar dan kawasan sekitarnya dengan menggunakan teksi mungkin bukan satu pilihan yang bijak kerana most of the time, pemandu-pemandu teksi di sini tidak menggunakan meter. Ada kemungkinan korang akan dikenakan bayaran lebih. Oleh itu, lagi bagus kalau korang tau nombor bas dan masa perjalanan free shuttle bus ataupun bas Rapid Penang. Rasanya itu je sharing pasal percutian ke Batu Ferringhi. Hopefully this would help u guys to get prepared. Cukupla buat masa ni, until the next post ;)

Get notifications from this blog

5 comments