√ Drama Korea Paling Best 2016 - Adarain

Drama Korea Paling Best 2016

Tahun 2016 dah nak melabuhkan tirainya dan macam biasa mesti nak tau drama korea mana yang paling best. Sampai sekarang masih tengok lagi cuma tak semuanya drama yang sempat tengok. Tengok drama pun hujung minggu kalau tak ada keluar pergi mana2x.

So, drama mana korea paling best tahun ni 2016?

Drama Korea Paling Best 2016


Ini ada sedikit sinopsis ringkas dan list drama korea paling best 2016 mengikut pandangan saya sendiri.

Drama Korea Paling Best 2016
antara babak drama Descendants of the Sun


  1. Descendants of the Sun
    Berkenaan dengan kisah percintaan antara kapten tentera dengan heroin pasukan sukarelawan perubatan dan pasukan tersebut telah dihantar ke suatu tempat ke negara lain yang berada dalam peperangan atas permintaan PBB. Kisah percintaan dan dugaan bermula dari situ.

  2. GoblinDrama paling trending hujung tahun 2016 jalan cerita fantasi yang menarik disamping lakonan yg mantap dari pelakon popular. Mengisahkan Goblin yang hidup selama2xnya sebagai hukuman dan hanya isteri goblin sahaja yang dapat 'mematikan' pahlawan tersebut dengan mencabut pedang di dada Goblin yang mana hanya isteri Goblin je yg nampak pedang kat dada Goblin. Tiada sambungan utk season kedua.

  3. Please Come Back, Mister
    Drama komedi yg mngisahkan 2 orang lelaki yang telah mati tapi dapat permintaan untuk hidup semula dengan tubuh yang berbeza lain dari sebelumnya. Dari situ terbongkarlah bagaimana dorang boleh mati tanpa dorang sedar yang sebenarnya dorang bukan mati bunuh diri.

  4. WHero dan Heroin berada dunia yang berbeza dimana Hero berada dalam dunia lukisan manakala Heroin berada dalam dunia nyata. Ntah macam mana Ayah heroin yang telah melukis karakter, tetiba termasuk dalam dunia lukisan hero begitu juga dgn heroin. Cuba bayangkan kalau hero watak karton tu masuk plak dalam dunia nyata...

  5. Scarlet Heart: RyeoEntah macam mana heroin yang tenggelam dalam kolam ketika sedang cuba menyelamat sorang budak telah berada di dunia zaman lain iaitu zaman dulu pemerintahan beraja korea, Di situ mula bibit percintaan heroin moden dengan hero zaman2x dulu...

  6. The EntertainersHero yg dulunya bekerja sbg pengarah dalam sebuah syrkat rakaman hiburan yg terkenal kini menjadi CEO rakaman kecil yang baru dan kecil. Dari situ pelbagai kepayahan untuk mencari satu band yang sesuai serta keadaan syarikat rakaman kecilnya yang semakin hari semakin merudum.

  7. Remember

  8. Weightlifting Fairy Kim Bok JooCerita ni best kena pergi tengok. kisah romatik heroin yang ambil acara sukan angkat berat dan bercinta dengan atlet renang.. sangat romantik cerita ini.. ada lawak ada sedih..

  9. Mirror Of The WitchSiapa yang minat dengan cerita masa lampau dan ada magic.. recommed juga cerita ini.. kisah pasal heroin yang ada sihir yang terkena sumpahan.

  10. Doctor Crush

  11. Jealousy Incarnate 

  12. Legend of the Blue SeaKisah ikan duyung.. Boleh lah layan.. first2x tu macam tak berapa nak best sangat layan.. tapi bila dah episod 4 ke atas tu syok pula tengok.. lakonan Lee min ho dengan heroin yang tercantik kat korea siapa yang tak nak tengok. haha

Apa feveret drama korea korang tahun 2016 ni? cer share sikit. :D

Get notifications from this blog

13 comments

  1. Saya kalau tengok drama kerja lain jadi tak teratur nak buat jadi saya pilih untuk tidak tengok drama

    ReplyDelete
  2. Dalam 10 drama Korea yang di senaraikan..
    Saya cuma pernah tengok satu sahaja.. senarai yang pertama.. yang lain belum pernah tengok..

    ReplyDelete
  3. goblin..memula aku rasa best.

    dah masuk episode terkini ni..aku dah rasa bosan.

    tak tahu kenapa.

    haha..

    ReplyDelete
  4. legend of blue sea memang best.

    ReplyDelete
  5. drama yang 1st tengok pasal heroin dia comel hahaha

    ReplyDelete
  6. Hmm aku pulak bukan jenis yang layan sangat drama korea. Tapi bila wife duk tengok Goblin, aku pun terjoin sama. Adeh~~

    ReplyDelete
  7. jarang tengok drama korea tapi kalau running man tu layan lah juga...itupun anak yg kenal sorang-sorang.

    ReplyDelete
  8. Baru tengok GOBLIN, dah lama tinggal cerita korea ni..

    ReplyDelete
  9. Another miss oh hea young paling best...cube tgk..romantic doctor teacher kim pun best jugak...smpi la nih teringt2 citer another miss oh hae young...xrugi tgk..berbaloi2..seriusly!!

    ReplyDelete
  10. ye ke, nak tengok la jap lagi. :D

    ReplyDelete
  11. Paling akak suka Doctors Crush sebab.... pelakonnya Park Shin Hye tu kalau berlakon apa aje drama dia mesti top macam You are beautiful... the heirs.. pinoccio... flower boys next door.. heat strings...

    ReplyDelete
  12. drama no.1 tu saya tengok online sampai episod 5 je....tak sanggup nak sambung tengok.

    maybe sebab saya bukanlah peminat drama korea hehe

    ReplyDelete
  13. Nor Anis Syafiqah25 April 2017 at 01:27

    Cerita descendant of the sun, w, the entertainer, scarlet heart dan please come back, mister ja yg tngok.. ? yg len x tngok lgi.. the K2 pun ada, tapi x tngok lgi. ?? Best ke? X dak kesempatan plak nk ngok ?

    ReplyDelete