√ Pengalaman Jawab Exam Online Jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam - Adarain

Pengalaman Jawab Exam Online Jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam

Beberapa minggu yang lepas ada dapat e-mail dari SPA untuk Exam bagi jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (s29). Tak sangka plak dapat e-mail dari SPA sebelum ni bertahun2x tak pernah nak dapat exam untuk jawatan SPA.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu


Dalam email tu ada gtau tarikh bila nak exam dan link yang disedikan utk jawab exam.

===

Bila hari exam dah sampai, exam pun start pkul 8 malam. Saya pukul 7.40 dah stand by awal duduk depan komputer nak jawab exam dengan klik link yang diberikan email ari tu.

Exam Online Jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam


Ada 3 Seksyen yang perlu dijawab.

Seksyen pertama iaitu Psikometri diberikan masa 20 minit sahaja dari 8 malam sampai 8.20 malam. Bab ni korang tick la yang sesuai dengan korang yang penting kena tick positif semuanya. Kena jawab dengan pantas sebab masa yang diberikan pendek.

contoh soalan - Anda mampu menyesuaikan diri sekiranya berkerjasama dengan orang yang tak dikenali..

A: Ya
B: Tidak Pasti
C: Tidak

Seksyen kedua iaitu Pengetahuan AM. Soalan umum yang berkaitan dengan kerja korang. So, korang kena prepare. Antara soalan yang ditanya ialah apa yang terkandung undang2x Strata, Apa itu sunat?, tentang Wakaf, bidang syariah, maksud kalalah, Maksud talak sarih, falsafah munakahat, syarat wajib haji, apakah lima keris pada jata negara, jenis talak, syarat permohonan rumah mesra rakyat dan banyak lagi lah.

Seksyen ketiga iaitu Daya Penyelesaian Masalah lebih kurang soalan Matematik. So memang kena jawab cepat sebab masa yang diberikan sangat tak cukup. Lupa plak, part ini korang jangan lupa untuk prepare siap2x kertas kosong dan pen serta kalkulator. Pakai kalkulator hp pun boleh.

Ada soalan yang tak boleh jawab macam soalan ni ( P, E, R, T, ?,) sebelah T apa huruf apa? Pening pula nak menjawab apa jawapannya. Tu contoh je lebih kurang la soalan macam tu. Agak mencabar jugakla punya soalan matematik maklumlah dah lama tak jawab matematik.. haha

===

So apa result dapat setelah beberapa minggu jawab exam?


Alhamdulillah, Keputusan BERJAYA jawab exam online. Itu baru exam belum lagi Interview macam mana. Dah lepas interview baru boleh lah tahu sama ada berjaya ke tak untuk bekerja dengan jawatan yang kita pohon..

Get notifications from this blog

10 comments

  1. Tahniah...
    Lepas ni boleh pergi interview pulak...
    Semoga dapat kerja yang dimimta...

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi dapat peliang jawab soalan exam online

    ReplyDelete
  3. ujian ni aku takde pengalaman.

    muet aje pernah.

    ReplyDelete
  4. Tahniah,
    tak pernah lagi exam online ni
    KPSL pun pakai online kan

    ReplyDelete
  5. Tahniah bro, semoga direzekikan dapat kerja, pasal Strata tu, teringat pula kawan saya, sampai sekarang dah setahun lebih tak lulus lagi nak duduk rumah sendiri, katanya proses lambat, sy pun tak sure macam mana Strata tu

    ReplyDelete
  6. Wah Tahniah Adarain!

    Dulu belajar kat mana? Terbaik lah ..

    Kita tak pernah dapat exam Online ni ..sedehh ..

    ReplyDelete
  7. tq Asyraf.. USIM. INSYA ALLAH ada rezeki,dapat..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum, tahniah.. nak tanye awk dh dpt iv pen peg tu?

    boleh share sikit bagaimana temu duga?

    ReplyDelete
  9. waalaikumussalam, terima kasih amirarosse.. sebelum interview ada stage yang kena attend iaitu penilaian kompetititf tapi saya tak pergi pun sebab penat sangat dengan kerja... maknanya iv tu memang saya takkan dapat. sorry tak dapat nak share pengalaman temu duga..

    ReplyDelete