√ Nokia 3310 Versi 2017 Ada ke Orang Nak Beli? - Adarain

Nokia 3310 Versi 2017 Ada ke Orang Nak Beli?

Nokia adalah salah satu yg memang aku tak nafikan memang zaman dulu sangat popular, siapa yang ada nokia tu dikira orang tu memang canggih la...macam2x design ada Nokia keluarkan Nokia daun la, sabun la dan banyak lagi tapi yang paling femesnya dan paling awal dikeluarkan oleh Nokia adalah keluaran Nokia 3310.


Nokia 3310 Versi 2017 Ada ke Orang Nak Beli


Selepas 17 tahun berlalu, kini Nokia 3310 kembali sekali lagi dan telah direka semula dengan rekaan yang sama seperti dulu.


Tapi persoalannya kenapa 3310 dibangunkan semula dan ada ke orang nak beli?


Tak pasti kenapa hp ni dibangunkan semula mungkin atas faktor pengguna yang rindu dengan nokia yang lama kot atau syarikat Nokia ingin menarik perhatian pengguna nokia 3310 dulu sekaligus meningkatkan pendapatan syarikat tersebut.


Ada ke orang nak beli? sebab zaman sekarang pengguna mahukan satu hp yang laju, canggih dan nampak eksklusif. Mungkin ada bagi pengguna yang rindu dengan nokia 3310 akan beli dan juga satu peluang bagi peluang yang kurang berkemampuan untuk beli hp ni.


Memandangkan specs yang biasa so aku expect harga mungkin mampu milik dalam RM200. Harga belum official dikeluarkan lagi kat Malaysia.



Spesifikasi Nokia 3310 Versi 2017



  • Kamera/Video - 2MP

  • Storage - 16MB RAM

  • Bateri - 1200mAh. katanya tahap ketahanan bateri boleh tahan sehingga 30 hari dan masa bercakap sehingga 22 jam.

  • Rangkaian - 2G

  • Pilihan Warna ada 4 (empat) iaitu Kuning, merah Kelabu dan Biru.


Lihat video [DISINI]

Korang beli ke kalau keluar kat Malaysia?

Get notifications from this blog

10 comments

  1. boleh beli untuk anak guna. kat sekolah asrama kan takleh pakai yang canggih

    ReplyDelete
  2. Nokia 3310 tinggal kenangan..
    Handphone lama saya dulu..
    Rasanya ada simpan lagi..
    Kalaulah boleh trand in dengan yang baru, kan best?

    ReplyDelete
  3. banyak sekali rongsokaNNYA di rumahku

    ReplyDelete
  4. Nokia 3310 yang lama tu masih ada lagi saya simpan sampai sekarang ,cuma tak boleh dihidupkan je, kalau vrsi terbaru ni berbaloi rasanya nak beli juga satu untuk koleksi

    ReplyDelete
  5. comel betul design yang baru nih ;)

    ReplyDelete
  6. Ni lah hp pertama sy dulu...pejam mata pun boleh taip sms..hehe

    ReplyDelete
  7. Betul ke nokia nih boleh whatsapp?

    ReplyDelete