Update Terbaru Whatsapp Status Seperti Instagram Stories - adarain

Sunday, 26 February 2017

Update Terbaru Whatsapp Status Seperti Instagram Stories

Selepas Instagram Stories diperkenalkan, facebook pun turut terjebak dengan update stories kemudian diikuti dengan whatsapp status yang fungsinya sama seperti Instagram Stories.

Update Terbaru Whatsapp Status Seperti Instagram StoriesPengguna boleh berkongsi gambar dan video yang akan hilang selepas tempoh 24 jam. fungsi ini sudah mula dapat untuk semua pengguna di Malaysia dan juga seluruh dunia.

kelebihannya ialah korang buat setting untuk status Privacy. Ada 3 (tiga) pilihan sama ada public status dengan semua contact, My contact except..., dah Only Share with..


Status tersebut sama ada gambar dan video boleh diletakkan perkataan yang berwarna warni cuma tidak ada fungsi tambahan sticker seperti Instagram dan Facebook.



Whatsapp Status Peluang Buat Peniaga Online


Ramai yang tidak suka dengan update terbaru whatsapp status tapi tak kurang juga ramai yang suka lagi2x dikalangan peniaga online.


Peniaga online akan mengambil peluang ini dengan memuat naik gambar barang2x yang ingin diniagakan dengan mengadakan promosi kepada contact yang lama melalui whatsapp status yang terbaru.


Jadi akan wujud interaksi di antara pembeli yang berkemungkinan besar untuk membeli melalui status yang terbaru yang dapat di reply dengan chat whatsapp..


==


Bila facebook, Instagram dan whatsapp kemaskini fungsi yang sama, pengguna pun jadi confius nak update story yang mana satu ni. hahaha

Comments

4 komentar

Dengan ada update ni, peniaga online boleh la rebut peluang promote produk mereka dengan cara yang kreatif..

Orang yang niaga suka la bila ada fungsi macam ni. Jual kat senarai kontak sendiri pasti lebih mudah daripada cuba jual kat orang asing kan

Memang agak memeningkan kepala juga dengan pelbagai updated ni. Tapi terpaksa juga sebab media sosial sentiasa laju je kan

bro sudah cuba kan..

menarik tak guna cara tu..


EmoticonEmoticon