√ Movie Logan Berakhirlah Kisah Wolverine - Adarain

Movie Logan Berakhirlah Kisah Wolverine

Movie Logan dah start hari ini so comfirm penuh orang tengok movie terakhir lakonan dari Hugh Jackman. Movie pertama iaitu  X-Men Origins: Wolverine (2009), The Wolverine (2013) dan yang terakhir adalah Logan (2017)



Sinopsis Logan


Mengisahkah kehidupan Logan yang berada dalam keadaan kesusahan tidak seperti dulu dan perlu menjaga Professor X yang terlalu tua serta menghidapi penyakit sawan.


Pada suatu hari Logan telah bertemu dengan seseorang yang merupakan jururawat bersama seorang budak perempuan iaitu Laura yang sama sepertinya ada kuasa mutant yg berasal dari genetik Logan sendiri hasil experiment X-23 dari Transigen.


Dalam keterpaksaan Logan terpaksa menyelamatkan Laura dan perlu membawa ke sempadan Kanada yang merupakan satu2xnya tempat selamat berbanding berada di kawasan Amerika Syarikat yang sering diburu oleh Transigen.


Movie Logan Berakhirlah Kisah Wolverine


Ketika dalam pelarian Logan telah kehilangan Profesor X dan Caliban yang telah terkorban gara2x Transigen.


Keadaan Logan yang tidak sekuat dulu lambat sembuh atas faktor usia menjadikannya sukar untuk berlawan dengan Transigen.


Dapat ke Logan menyelamatkan Laura ke sempadan Kanada dengan keadaan diri yang semakin tenat?




[caption id="attachment_6640" align="aligncenter" width="720"]Movie Logan Berakhirlah Kisah Wolverine keadaan logan yang sudah tua[/caption]

Review Movie Logan


Durasi 2 jam 20 minit agak panjang. Kalau korang expect banyak aksi dalam movie ni korang silap sebab movie ni more drama yang sangat berat yang banyak bermain dengan tekanan emosi.


Walaupun lebih pada drama yang berlarutan tapi bagi mereka yang sangat meminati movie ni dari pertama sekali, pasti fokus dengan cerita ini dan ada juga diselitkan lawak2x comel dari Professor X.


Laura ni tak banyak cakap tapi banyak aksi ganas yang dia lakukan, hebat tak hebat dia ni tapi nak last2x baru dia cakap... tu pun cakap mexico tp adalah english2x skit dia cakap.... hahah


Korang juga jangan juga sediakan tisu siap2x sebab ada babak yang sangat menyentuh hati korang...


Ada satu blog aku baca lepas habis movie jangan keluar dulu sebab ada mesej penting lepas habis kredit movie. So, aku pun tunggu, punyala lama dia punya kredit... dah habis kredit ingat ada babak lagi rupanya mesej yang keluar yang berbunyi macam ini  "movie ini telah disokong oleh pekerja seramai 15,000....." ayat seterusnya tak ingatt..


So lepas habis movie nak keluar terus pun boleh sebab memang takde babak lg selepas habis kredit.


 

Get notifications from this blog

7 comments

  1. Fuh.. wolverine hero kesayanganku..
    Kena tengok ni..

    ReplyDelete
  2. sedih beb part last tu..satu-satunya movie superhero yang lain daripada lain..

    ReplyDelete
  3. Antara hero yang paling saya minat dalam X-Men kalau kat movie..

    Tapi sayangnya wataknya dimatikan..

    Sedih sangat.

    ReplyDelete
  4. marvel tak akan berhenti smpai sini je.. diorng akan buat lagi plot twist... hahah

    ReplyDelete
  5. ada plot twist ke.. haha lama lagi la nak tunggu.

    ReplyDelete
  6. saya tengok hari jumaat baru2 nih.
    masuk wayang dah 15 minit.
    walau pun masuk lambat,
    tak terjejas.
    sebenarnya nak tengok cerita lain. tapi sebab teknikal, tengok jugaklah cerita ni

    ReplyDelete