√ Pengalaman Menginap di Hotel Boutique Bata Merah di Banting - Adarain

Pengalaman Menginap di Hotel Boutique Bata Merah di Banting

Hotel Boutique Bata Merah : Semalam member ajak tido1malam kat area Banting katanya saje nak jalan2x nak tengok pantai morib sekali tu boleh makan seafood sekali kat sini..

Cari punyalah cari hotel untuk tido 1 malam akhirnya jumpa lah yang berkenan iaitu  Hotel Boutique Bata Merah. Hotel ni betul2x strategik sebab betul2x berada di tengah bandar Banting.

Tgh malam kalau korang lapar boleh pergi kedai 24 jam yang betul depat hotel bata merah.  Ada 2 iaitu 7eleven dan KK Mart.

Tentang  Hotel Boutique Bata Merah


Sebab apa namanya Hotel Bata merah? Sebab dinding yang ditonjolkan ialah kebanyakkan design bata merah tanpa diselaputi simen penuh.

Hotel ni ada 3 tingkat dan dekorasinya termasuk lobby sangat simple dan kemas. Kesemua barangan dari IKEA. Ada bilik standard, medium dan Large.

Nak ke Lobby kena naik tangga baru sampai. Sebelum tu kena tekan loceng.

Bilik standard yang kami pilih dengan harga RM70/night sangat bersih, sangat simple dan kecil memang cukup2x untuk 2 orang sahaja. kalau lebih dari 2 orang memang jadi sempit.

Nak besar sikit boleh ambil medium or large.

Pengalaman Menginap di Hotel Boutique Bata Merah di Banting
simple boleh la nak tidur je kan. 


Kekurangan ialah tak ada kettle n tingkap, tak ada ruang nak solat kat bilik.. So kalau korang nak solat kena pergi tingkat atas sekali ada surau.

Pengalaman Menginap di Hotel Boutique Bata Merah di Banting
surau di tingkat atas. 

Di atas adalah suasana untuk korang yang nak solat. Sejadah disediakan. Tak ada aircond just ada kipas dan angin sempoi dari tingkap.

So korang boleh lah tido kat sini kalau nak jalan2x kat area Banting.

Alamat : No. 302, Jalan Sultan Abdul Samad, Banting, 42700 Banting, Kuala Langat, Selangor, Malaysia.

Landmark atas Farmasi Guardian.
Selain itu, ada juga hotel yang ada aku pergi survey sebelum pilih hotel ini iaitu Hotel Intan Jugra. Boleh tahan lawa dan hotel ini pun baru beroperasi macam bata merah. Harga standard dalam RM98/night kalau tak silap. Cuma jauh skit je dari bandar.

Get notifications from this blog

9 comments

  1. banyak sekarang orang buat hotel daripada lot kedai..takde renovation besar..kira bajet le ye ni?

    ReplyDelete
  2. Makin banyak munculnya hotel-hotel sekarang. Murah pun murah.

    ReplyDelete
  3. tidak begitu praktikal kepada orang yang sudah berkeluarga..

    ReplyDelete
  4. Janji boleh berteduh sementara :)

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perkongsian, ok la kan janji selesa dan dapat berteduh dan berehat..

    ReplyDelete
  6. okay dh ni..janji selesa kan...

    ReplyDelete
  7. Setakat bermalam sehari no problem ni

    ReplyDelete
  8. not bad la.

    harga bawah seratus.

    kira best gila dah tu.

    ReplyDelete