Serius tak sangka beli Mesin basuh secara online kat Lazada. Nak cari web shop online lain macam malas alang2x pilih je Lazada lagi mudah.
So mulalah operasi mencari mesin basuh kat lazada, kalau boleh nak cari mesin basuh auto punya, murah dan yang paling penting berkualiti. Then terjumpa satu jenama ni tak berapa nak terkenal tapi harga sangat murah iaitu dalam RM415 tak termasuk kos postage. Jenama plak dari Midea 7kg MFW-701S . Korang pernah dengar ke? Sbb macam ak ni first time dengar nama jenama ini.
![]() |
sekadar gambar hiasan |
Tak kisah la lambat ke apa yg penting nak tengok kualitinya macam mana...
Then terjumpa satu blog cerita pasal pengalaman guna mesin basuh Midea.. postive feedback..
Terus aku beli mesin basuh Midea kat Lazada total harga dalam RM456 dah termasuk kos postage. Aku order hari jumaat malam so aku assume isnin or selasa mungkin sampai. Paling lambat pun hari khamis or jumaat.
===
Sabtu ahad pun berlalu, tiba lah hari isnin dan mak aku dapat call dari KTM katanya nak hantar mesin basuh hari ini (isnin). First time dengar ada pos by KTM. So, kira cepat lah juga dorang buat penghantaran. Nasib tak tak hantar by skynet yg dapat bad feedback dari customer.
Macam beli hari ini esok dah sampai.. Sabtu ahad comfirm cuti..
So hope bertahan lama sehingga 5-6 tahun.
Korang boleh baca review dari Fatthaura [DISINI]
10 Comments
pos pakai KTM le murah..selalu orang pos motosikal..:D
Tak pernah lagi saya beli barang2 besar ni secara online.. Mungkin kena cuba try test ni..
Pengalaman yang baik... Dulu masa kerja pernak juga dengar pos pakai KTM.... Cepat je penghantarannya..
Pernah guna mesin basuh ni. Setakat ni ok. Tapi cuma lama2 nanti body cepat berkarat. Kalau dapat coating anti-karat boleh lah tahan lama bodynya. Cuma nak coating tu mahal.
fuh, ni pengalaman menarik. biasa barang camni orang tak beli online la kan
dahsyat juga ...mesin basuh pun boleh beli online..
how's the machine? Sbb ingat nak beli gak
Courier man Tu Angkat bawa masuk dlm rumah ke?
Curier tu datang umah kita time tu dia antar depan umah je.. yang bawa masuk mesin umah tu saya angkat sendiri.. curier tolong hantar je. hehe
lepas 2 bulan tu ada masalah bunyi kuat sangat.. pastu nak claim warranty macam jauh sangat dekat kilangnya.. suruh kedai biasa repairkan..lepas tu tak de masalah sampai sekarang.. salah diri sendiri sebb overdos basuh baju terlebih muatan. haha