√ Pendapatan kerajaan dari GST meningkat Tapi pendapatan rakyat tidakmeningkat? - Adarain

Pendapatan kerajaan dari GST meningkat Tapi pendapatan rakyat tidakmeningkat?

Pendapatan Kerajaan Meningkat dari GST - Dah lama tak dengar pasal Datuk Seri Anwar Ibrahim kini masih dipenjara. Kali ini beliau mengulas berkenaan dengan peningkatan gst tetapi tidak mampu meningkatkan pendapatan rakyat dalam pada masa yang sama. Beliau berpendapat Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bersifat agresif dan hanya memihak golongan kaya.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan GST ini pasti menyumbang ke arah meningkat kesenjangan pendapatan di antara rakyat yang miskin dan yang kaya yang diakui semua pakar ekonomi.

“Walaupun ketika pendapatan daripada hasil minyak mentah negara semakin berkurangan akibat harga minyak mentah dunia yang tidak meningkat, GST mampu menyumbang kepada pendapatan kerajaan, tetapi secara dasarnya ia tidak membantu mencerahkan masa depan negara sekiranya tatakelola dan urustadbir kerajaan tidak diperbaiki.

“Apa guna pendapatan kerajaan dari GST meningkat tahun demi tahun jika pendapatan rakyat tidak meningkat? Jika lebih 10 peratus anak muda yang boleh bekerja tidak dapat mencari kerja? Jika setiap bulan bila ke pasar jumlah yang boleh dibeli dengan RM100 semakin berkurangan?.

“Saya ulangi gesaan saya dari awal bahawa sebelum melaksanakan cukai tambahan terhadap rakyat, kerajaan BN harus menghentikan amalan boros dan ketirisan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ini berdasarkan laporan tahunan Ketua Audit Negara, jumlah ketirisan dan boros dianggarkan dalam jumlah puluhan biilion ringgit.

Katanya, ini berikutan amalan pembidaan tanpa tender dan rasuah yang berleluasa.

Beliau berpendapat perlaksanaan GST harus dibatalkan dengan menggunakan kadar sifar sementara dan menghentikan amalan boros, membanteras rasuah serta merangka sistem pencukaian progresif demi menjaga kepentingan rakyat.

Sama2x kita berharap ketirisan dan boros yang dilakukan dapat dihindarkan dengan kadar yang segera serta menghapus rasuah yang sudah dianggap perkara yang biasa terutamaya di kalangan kakitangan kerajaan. Selain itu dengan ketegasan dari pihak atas mampu mengekang masalah ini yang semakin berlualasa terutamanya dari Perdana Menteri sendiri agar kerajaan tidak berada dalam masalah pendapatan yang terlalu teruk.

Get notifications from this blog

3 comments

  1. Sukar untuk katakan perkara ini, kita mampu melihat sampai tibanya untuk memilih nanti.

    ReplyDelete
  2. semoga ada perubahan besar dlm PRU akan datang..

    ReplyDelete
  3. Apabila angin bertiup... bau-bau pilhanraya tu dah ada sikit-sikit.

    ReplyDelete