Tips Berpuasa Ketika Ramadhan Untuk Pesakit Gastrik - adarain

Monday, 29 May 2017

Tips Berpuasa Ketika Ramadhan Untuk Pesakit Gastrik

 Tips Berpuasa Ketika Ramadhan Untuk Pesakit Gastrik


Khas untuk mereka yang ada sakit gastrik ini ada disediakan tips yang perlu diamalkan,  dielakkan dan berjaga-berjaga.


Tips Berpuasa Ketika Ramadhan Untuk Pesakit Gastrik
1. Elakkan




  • Makanan bergoreng

  • Makanan dalam tin (kerana mengandungi asid yang tinggi)

  • Minuman bergas

  • Makanan yang mengandungi asid yang tinggi (limau, oren, tomato)

  • Makanan tinggi kandungan kafein (teh, kopi)

  • Tidur sebaik sahaja bersahur dan berbuka

  • Berbuka dengan kuantiti yang banyak


2. Amalkan

  • Berbuka dengan kuantiti yang sederhana

  • Jarakkan pengambilan makanan

  • Menyegerakan berbuka dan melewatkan sahur

  • Jika ada ubat gastrik, makan sewaktu sahur. Jika ubat dua kali sehari, makan waktu sahur dan berbuka. Jika makan tiga kali sehari, makan waktu sahur, berbuka dan tengah malam sebelum tidur.

  • Minum banyak air masak (sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari mengikut keperluan badan)

  • Banyakkan makanan berkarbohidrat kompleks (beras perang, oat)


3. Berjaga-jaga

  • Jika kelihatan letih, pucat, lesu (kerana komplikasi gastritis adalah luka pada dinding perut dan kekurangan zat besi untuk pembentukan hemoglobin)

  • Kajian menunjukkan asid paling tinggi dirembeskan pada waktu tengah hari, jika rasa pedih ulu hati yang teruk segeralah berjumpa doktor.


Sumber: "Sakit Gastrik Di Bulan Ramadhan"
- Dr Ruhi Fadzlyana, Pakar Bedah, mmgazette.com -
Comments

2 komentar

kalau gastrik.

ubatnya makan.

kalau teruk, kena jumpa doktor.

takut sakit lain.

Wah harus diminum tuh kalau ada obat dari dokter


EmoticonEmoticon