√ Tips Bersenam Ketika Di Bulan Ramadhan - Adarain

Tips Bersenam Ketika Di Bulan Ramadhan

Tips Bersenam sewaktu bulan Ramadhan sebenarnya bukan suatu yang luar biasa, apa lagi mustahil untuk dilakukan.

Boleh aja nak bersenam, tiada masalah. Dan buat mereka yang nak menurunkan berat badan ini lah waktu yang terbaik untuk menurunkan badan dengan lebih cepat.

Perlu diingat sekali lagi bahawa di dalam healthy lifestyle terdapat dua komponen iaitu pemakanan dan juga bersenam, dan ratio nya akan selalu 70:30. Jadi pemakanan yang paling penting, kira kalori, bersenam membantu untuk membakar kalori lebih cepat. Jadi perlu ingat, fokus tetap dalam mengira kalori.

sekadar gambar hiasan

Tips bersenam paling baik? Dan bagaimana?


Bagi saya, untuk elakkan bersenam waktu pagi. Simpan tenaga kita untuk berpuasa, ibadah puasa itu yang lebih penting.

Jadi bersenam boleh kita lakukan pada petang dan malam.

Untuk petang, saya anjurkan senaman yang light intensity seperti brisk walking dan light jogging.

Prinsipnya kita mahu senaman kardiovaskular kita itu adalah senaman yang mampu membakar lemak dan kalori, target kita bukan untuk membina endurance.

Jadi di dalam teori, kita akan melihat denyutan jantung maksimum kita. Untuk senaman kardiovaskular membakar lemak, kita perlu mencapai 60-70% daripada denyutan jantung maksimum kita.

Bagaimana nak kira?

Untuk denyutan jantung maksimum, formula nya adalah:

[220 - usia]

Jika umur saya 30 tahun,

220 - 30 = 190.

Jadi, denyutan jantung maksimum saya adalah 190 denyut per minit.

Untuk saya mencapai zon membakar lemak, saya perlu mencapai 60-70% dari denyutan jantung maksimum, maka saya perlukan lebih kurang 115-130 denyut per minit.

Jadi, kita boleh mulakan senaman kita, dan setelah beberapa ketika berhenti sebentar untuk mengira nadi kita.

Atau, untuk lebih mudah, kita berjogging hingga kita merasa tercungap, ini adalah indikasi denyutan jantung kita sudah semakin laju.

Kena dapat cungap tu, kalau tidak senaman kardiovaskular kita hanya sia-sia, dapatnya penat tapi tak membantu membakar lemak.

Untuk malam pula, kita sudah mempunyai tenaga, jadi kita boleh meneruskan moderate to heavy intensity.

Saran saya, beribadah lah dulu mengejar keberkatan Ramadhan, setelah itu boleh lah kita mula bersenam. Senaman seperti HIIT, tabata dan senaman kardiovaskular intensiti tinggi boleh kita lakukan.

Senaman waktu malam boleh kita lakukan di gym atau pun di rumah. Banyak senaman kardiovaskular yang boleh kita buat di rumah.

Harap tips ini dapat membantu kalian untuk bersenam sewaktu bulan Ramadhan. Jangan bimbang, kita sebenarnya punya cukup lebihan tenaga untuk bersenam, kalau tak cuba mana kita tahu.

Selamat mencuba.

Berpuasa tak bermakna kita berhenti bersenam.

sumber dari Dr Khairul Hafidz

Get notifications from this blog

15 comments

  1. Bagus juga tu.
    Kalau tak buat apa semasa berpuasa rasa badan macam sentiasa lesu je.
    Kalau boleh, nak juga ada aktiviti simple yang boleh kekalkan kita aktif walaupun berpuasa.

    ReplyDelete
  2. Bila masuk bulan Ramadhan ni memang tak sempat bersenam...
    Diharap dengan melakukan ibadah-ibadah sunat seperti solat terawikh dan pergi ke masjid dapat membakar sedikit kalori yang terdapat pada badan...

    ReplyDelete
  3. Nak bersenam pada bulan puasa ni memang mencabar.. Silap2 boleh naik lagi berat badan kalau bila sahur dan masa berbuka melantak macam tak ingat dunia.. haha..

    Tapi sebaiknya ambil masa ni untuk fokus untuk beribadah sebaik-baiknya.. hehe

    ReplyDelete
  4. Ya.

    Bersenamlah selalu bukan sahaja pada bulan puasa ni.

    dah kena kapan nanti, tak leh bersenam dah.

    ReplyDelete
  5. tanpa bersenam berat badan dah turun pun :D hahaha

    ReplyDelete
  6. aku pun piliha waktu ptg utk bersenam tp just light light jer....

    ReplyDelete
  7. olahraga disore hari bisa di bulan puasa

    ReplyDelete
  8. Olahraga ringan saja seperti jogging di sore hari

    ReplyDelete
  9. Nice sharing.. bulan puasa pun masih boleh bersenam ..asalkan cara y btul .. boleh la manfaatkan untuk kesihatan y lebih baik ☺️

    ReplyDelete
  10. Salam.. saps tak truja kan... nice sharing...boleh jadikan panduan untuk senaman nanti...tak naik 6 pax...turun kg dah ok dah ni..hehehe

    ReplyDelete
  11. Bersenam di waktu petang pada bulan Ramadhan adalah sangat mencabar sebab biasanya petang dah fikir nak berbuka apa

    ReplyDelete
  12. Belah malam la baru bersenam. Tu pun kalau tak senak perut waktu buka puasa. haha

    ReplyDelete
  13. Berpuasa ni kita senam kan iman kita sampai sado

    Bagi nafsu lapo kurus keding

    Nanti syaitan keluar lepas habis ramadhan

    Kena debuk dengan abang iman.

    ReplyDelete
  14. ohh patutlah bila petang rasa lesu sikit, ingatkan jogging pagi-pagi bagu untuk kesihatan.

    ReplyDelete
  15. Perkongsian yang bagus. saya pon dulu xtahu. bantai je buat tabata dalam pkul 5 petang camtu sbb dah terbiasa buat masa sebelum ramadhan lagi. cabaran dia bila puasa memang mencungap minta nyawa gile2 la.

    ReplyDelete