√ Rawat Muka Berjerawat Dengan Pencuci Muka NuTeen - Adarain

Rawat Muka Berjerawat Dengan Pencuci Muka NuTeen

NuTeen - Dulu macam-macam produk aku guna dari yang jenis berjenama besar lah sampai la ke jenama yang tak pernah dengar pun ada.. last-last yang paling ngam dengan kulit muka aku ialah produk NuTeen. Ini bukan review berbayar ke apa just nak berkongsi dengan korang yang mungkin tercari-cari produk yang sesuai dengan harga yang mampu milik.


Pernah dengar produk NuTeen? Tak pernah dengar? meh aku explain.. produk ini kalau tak silap dah lama ada kat pasaran Malaysia dan biasa ada jual kat farmasi macam Watson dan Guardian. Kalau kat hypermarket tak nampak ada yang jual.

Produk NuTeen terdiri kepada 2 bahagian iaitu pencuci yang khas untuk  Kulit berminyak dan kulit yang berjerawat.

Rawat Muka Berjerawat Dengan Pencuci Muka NuTeen
Nuteen
Macam kes aku walaupun dulu aku berjerawat, aku try yang produk untuk kulit berminyak sebabnya punca jerawat selain daripada stress adalah disebabkan kulit berminyak.

  1. NuTeen - Oil Control & Whitening Cleanser (RM10.30)Macam biasa pencuci muka ini korang basuh muka 2 kali 1 hari..pagi dan petang/malam

  2. Anti-Acne & Shine Toner (RM10.30) Guna kain kapas atau nak pakai tangan pun boleh tepuk manja kat muka untuk guna toner ni.. lepas dah cuci muka pakailah toner dulu lepastu pakai moisturizer atau Anti-Acne & Oil Control Lotion SPF25/

  3. Anti-Acne & Oil Control Lotion SPF25 ( RM18.60)Untuk kegunaan siang hari, kalau nak keluar pakai lotion kat muka colet skit2x je dan ratakan kat muka.  Yang bestnya ada SPF 25.. cumanya yang ni jenis krim pekat skit, agak berminyak cam tak sesuai untuk jenis muka yang berminyak.. kena cari brand lain yang more kepada krim cair cepat absorb kat kulit muka..

  4. Anti-Acne & Pimple Sleeping Mask (RM24)Sebelum tidur selepas basuh muka dengan pencuci muka no 1 tadi, guna mask ini. Mask ini lain skit, bukan mask betul, colet-colet skit kat muka korang rasa sejuk-sejuk skit dan tak payah basuh biarkan sampai bangun pagi baru basuh muka. Pakai seminggu sekali atau dua kali je dah cukup..
Rawat Muka Berjerawat Dengan Pencuci Muka NuTeen
cara penggunaan


Kesan NuTeen Macam mana?

Kesannya memang sangat berpuas hati jerawat pun tak ada dan masalah kulit berminyak berkurang nak kata tak ada langsung tu menipu sangat at least mampu mengurangkan kulit yang berminyak. Nak kata flawless mcm korea tu melampau sangat. tu kena kena buat rawatan muka mahal la jawabnya. Memang dah jarang sangat jerawat datang kat muka.. kalau datang pun sekejap je, hilang sebab pakai produk ini. :D

Get notifications from this blog

7 comments

  1. ini hanya untuk Malaysia ya tuan kira-kira di INdonesia ada tak?

    ReplyDelete
  2. ya, tak pasti kalau ada di Indonesia ataupun tidak.

    ReplyDelete
  3. fuhh..

    aku biasa pakai nivea je.

    jenama lain, memang satu haram tak tahu hape.

    ReplyDelete
  4. Menarik! Banyak untuk orang yang kulit jenis berminyak dan berjerawat la ni fokus dia.

    ReplyDelete
  5. Jerawat memang masalah besar untuk lelaki dan wanita yang baru nak up

    Biasalah minyak tengah banyak kat muka

    ReplyDelete
  6. Kalau dah serasi memang bagus tak tukar tukar tuan

    ReplyDelete
  7. setiap individu memiliki kulit wajah yang berbeza. penting untuk kenali jenis kulit dan produk apa yang bersesuaian. nice sharing :)

    ReplyDelete