√ Cara Tuntut Wang Yang Tak Dituntut - Adarain

Cara Tuntut Wang Yang Tak Dituntut

Sejak menjak ni viral pasal Wang yang tak dituntut ini sampai boleh kalah video lagu DSV tu haa,,

Mungkin ramai yang tidak mengetahui rupa-rupanya ada sejumlah wang milik kita di dalam bank, firma atau syarikat yang tidak dituntut sejak bertahun-tahun lamanya.

Malah, kita sendiri sebenar­nya lupa atau tidak tahu tentang kewujudan wang tersebut.

Ramai juga yang tidak tahu semakan Wang Tak Dituntut (WTD) boleh dibuat di Bahagian WTD, Jabatan Akauntan Negara.

Kalau dekat KL, pergi la ke :
Jabatan Akauntan Negara,
Tkt 42, Bhgn Pengurusan Wang Tak Dituntut,
Menara Maybank,
No.100 Jalan Tun Perak Pudu,
Kuala Lumpur.

Waktu 
Isnin-Khamis 08.30am-4.30pm
Jumaat 08.30am-12.00pm,
12.00pm-2.45pm (CLOSE)
2.45pm-4.30pm (Open)
Manakan tidak, kini terdapat sebanyak RM5.6 bilion jumlah ter­kumpul WTD dilaporkan masih gagal diserahkan kepada empunya kerana tiada tun­tutan dibuat.

Sejak 1977 sehingga 30 Jun tahun ini, sebanyak 55.35 juta rekod telah difailkan sebagai wang tak dituntut-WTD di pejabat pendaftar wang, Jabatan Akauntan Negara. Manakala jumlah WTD yang telah dibayar semula setakat ini pula ialah 1.58 bilion ringgit dan baki terkumpul adalah 5.779 bilion ringgit.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Bahkan, penulis sendiri mengalami keadaan ini - tidak tahu ya­ng diri sendiri sebenarnya mem­punyai sejumlah wang daripada akaun sebuah bank yang tidak aktif lebih tujuh tahun lalu.

Hanya mengetahui mengenai­nya selepas membuat semakan di kaunter Pendaftar WTD yang kini dibuka di lokasi awam.

Itu pun selepas mengetahui tentang kewujudan WTD ini setelah menemubual Pengarah Bahagian WTD, Jabatan Akauntan Negara, Datuk Zamimi Awang baru-baru ini.

Cara Tuntut Wang Yang Tak Dituntut


Cara membuat semakan cukup mudah, hanya serahkan MyKad di kaunter atau hadir sendiri di mana-mana Jabatan Akauntan Negara di seluruh negeri.

Pegawai bertugas akan semak melalui sistem dan tidak sampai lima minit kita akan dapat tahu jika mempunyai WTD.

Tiada bayaran atau caj perkhid­matan dikenakan.

Anda mungkin mempunyai pengalaman serupa. Wang tak dituntut bukan hanya terhad daripada akaun-akaun bank yang tidak aktif, tetapi berkemungkinan bayaran rebat insurans, bayaran elaun atau bonus daripada syarikat tempat lama bekerja atau mana-mana firma yang mempunyai kaitan dengan kita.

Syarikat-syarikat berkenaan mungkin gagal menyerahkan sen­diri wang hak kita itu kerana pertukaran alamat dan maklumat peribadi yang tidak lengkap.

Maka, pihak terbabit akan menyerahkan wang itu kepada Pendaftar WTD yang bertanggungjawab membayar balik WTD kepada empunya wang itu.

Bagaimana Boleh Viral Wang Yang Tak Dituntut


Sebenarnya, hebahan me­ngenai WTD kepada orang ramai telah pun dibuat melalui pewar­taan kerajaan yang disimpan di Perpustakaan Negara.

Apa pun yang dikesali ada dalam kalangan kita menimbulkan persepsi negatif dengan membuat tuduhan tidak berasas bahawa wang itu akan digunakan kerajaan sebagai ‘wang kecemasan’ untuk­ tujuan pembangunan kerana keku­rangan hebahan dibuat.

Tuduhan tersebut tidak benar­ sama sekali kerana kerajaan akan membayar semua wang kepada empunya yang diterima daripada syarikat dan firma tanpa dikurangkan walau satu sen pun kerana Bahagian WTD hanya bertindak sebagai pemegang amanah untuk membantu me­nyerahkan wang kepada yang berhak.

Get notifications from this blog

6 comments

  1. Lebih mudah kalau boleh semak online. ?

    ReplyDelete
  2. Banyak juga tu wang yang tak dituntut, jadi kepada waris-waris kenalah tuntut rugi biar begitu je

    ReplyDelete
  3. Boleh la saya semak wang tak dituntut di Jabatan Akauntan Negara nanti :)

    ReplyDelete
  4. rupanya ada perkara yang kita masih tak tahu. lepas ni kena lebih alert lah supaya lebih mudah untuk tahu perihal sesuatu perkara. tapi betul juga lebih mudah kalau ada sistem semakan secara online. terima kasih berkongsi.

    ReplyDelete
  5. aku rasa banyak gak aku tak tuntut ni.

    haha..

    ReplyDelete
  6. Memang heboh jugak sebelum ni. Sampai ada cerita, ada yang kecewa sebab jumlah wang yang tak dituntut milik dia cuma sikit je

    ReplyDelete