Movie Sepanyol The Invisible Guest penuh kejutan - adarain

Thursday, 12 October 2017

Movie Sepanyol The Invisible Guest penuh kejutan

The Invisible Guest sebuah movie jenayah misteri thriller dari sepanyol di mana rakan aku rekomen cerita ini sebabnya best. Ambil masa jugalah nak tengok cerita ini memandangkan busy memanjang. So, bila ada peluang masa kosong tu memang aku tengok movie memanjang.

Sempat juga tengok movie yang disarankan oleh member aku iaitu The Invisible Guest.



Memang tak sia-sia aku tengok cerita ini sebabnya movie ini akan buat korang banyak tertanya dan mana satu cerita yang betul ini.. sampaikan aku pun sendiri confuse mana satu yang baik dan yang jahat...

Dan pengakhiran cerita ini akan buat korang betul2x tak sangka dan korang rasa puas dengan jalan cerita ini.

Sinopsis The Invisible Guest


Cerita ini mengisahkan seorang usahawan iaitu Adrian yang dituduh membunuh perempuan simpanannya dan dia mempunya tiga (3) jam sebelum membela dirinya dari dituduh membunuh. Usahawan ini telah dibantu oleh seorang peguam veteren iaitu Virginia yang sangat pakar dalam menyelesaikan masalah pelanggannya dan bagaimana menyediakan jawapan yang bagus ketika disoal nanti..




[caption id="attachment_7391" align="aligncenter" width="720"]Movie Sepanyol The Invisible Guest penuh kejutan Peguam veteran - Virginia[/caption]

Tapi persoalannya dalam masa tiga (3) jam ini sempat ke Virginia dan Adrian ini berbincang untuk jawapan yang bakal disoal nanti?



Ulasan movie The Invisible Guest


Ini bukan soal masa tapi soal kepercayaan..

Bagaimana korang nak tahu sama ada si pulan sini ke or si pulan sana yang bersalah? Dari situ korang akan tahu macam mana peguam veteren Virginia ini korek rahsia Adrian yang bakal disoal siasat nanti.
Virginia Goodman: Your testimony has holes, and I need details. Plausibility is based on details. I can use them to convince the world that you're innocent. I assure you, I can do it.

tak boleh nak cerita banyak nanti banyak spoiler..

tapi serius korang kena tengok dan cerita ini tak membosankan langsung sampaikan korang akan tertanya sebenarnya apa yang terjadi..

Penghujungnya penuh dengan twisted dan surprised... OMG....

aku bagi 5/5 bintang untuk movie ini..
Comments

5 komentar

Filem yang ada unsur-unsur kejutan dan teka-teki.. memerlukan kita berfikir macam ni yang saya suka tengok ni.. tentu tak sempat nak rasa mengantuk..

Banyak plot twist ya

Memang masuk kena hadam betul betul

betul.. ingat tekaan ak ni dah betul sekali salah plak.. mmg terkena btol. haha

memang sangat twist.. sampaikan tekaan kita comfirm rasa btul last2x lain plak jadinya.


EmoticonEmoticon