Plan Digi Mana yang Bagus dan Berbaloi?
Plan digi, ada yang berminat ke tukar telco lain ke telco Digi ke? Kenapa nak tukar ? Sama ada disebabkan line telco sekarang tak bagus atau mungkin boleh jadi service tak bagus.
Dan sekarang mana satu plan yang bagus untuk Digi ini..
Ada dua (2) plan sama ada korang nak guna Prepaid atau pun Postpaid.. So, kita comparekan kedua-duanya..
Digi semakin banyak saingan dari segi langganan postpaid |
Plan Digi Prepaid
Untuk digi prepaid ada dua jenis yang ditawarkan iaitu Live dan Best. Apa bezanya Live dan Best?
Live - plan ini sesuai untuk korang yang suka dengar muzik atau video kat youtube. Free 10GB streaming video dan music antaranya adalah youtube, iflix, Spotify, Joox, smule, Astro Go dan Tonton. Serta Free 1,000 minit call dan 1,000 sms kepada 6 buddyz dimana 6 nombor akan disimpan menjadikan sebagai Buddyz di app Digi
Best - plan ini pula sesuai untuk korang yang jenis call ke luar negara macam kat indonesia, Thailand, Vietnam, China dan banyak lagi serta suka main internet dengan kelajuan high speed. Contoh RM30 dapat main internet 5Gb sebulan kemudian unlimited social media macam instagram, facebook. Tapi tak adalah unlimited sangat sebabnya limit 500mb sehari kalau tak silap untuk media social.
Plan Digi Postpaid
Plan yang ditawarkan serendah harga RM50/sebulan dengan 10gb Sebulan (5gb setiap hari + 5gb Sabtu ahad), free 100 minit call, ada Plan RM80/sebulan (20GB), RM110/sebulan (25GB). Berubah setiap tahun pakej yang disediakan.
Selain itu, Digi juga menawarkan plan Infinite dengan harga RM100/sebulan (capped 10mbps) dan RM150/sebulan dimana korang boleh main internet sepanjang masa tanpa memikirkan kouta yang akan habis sebabnya plan ini adalah unlimited internet, unlimited calls termasuk unlimited tagethering internet.
Plan mana yang korang rasa berbaloi?
Contoh kalau rumah dan office dah ada wifi better ambil plan Postpaid RM50/sebulan (10GB) atau prepaid internet RM30/sebulan (RM5GB). Senang kalau keluar nanti ada internet atau bercuti ke mana-mana ke.. mesti la kena ada internet nak google maps, whatsapp semua kan..
Ikut kemampuan masing-masing.. kalau tak ada wifi langsung kat umah dan line digi bagus kat area korang ambil plan Digi infinite sebabnya harga berbaloi dan unlimited internet
Yang paling penting coverage digi korang kena bagus..kebiasaan coverage digi kat bandar memang terbaik cuma kalau di kawasan pedalaman memang K.O habis.
Get notifications from this blog
Kebetulan mama tgh Cari plan Digi utk ayah mama. Tq for sharing
ReplyDeleteTengah plan juga nk tukar kepada Digi
ReplyDeletemasih setia bersama Digi rasanya dah dekat 10 tahun dah guna postpaid ni..setakat ni takde la big problem pun, tambah laju ada la..data pun takde le cepat abis sangat
ReplyDeletelama juga tu 10 tahun.
ReplyDeletetengok coverage ok ke tak. hehe
ReplyDeletesama2x kak..
ReplyDeletesaya pakai postpaid rm50, tapi selalu lebih
ReplyDeleteSaya guna plan prepaid digi. RM35/bulan untuk 8GB internet (+30GB percuma 1tgh-7mlm + 7G untuk weekend). Setakat ni bulan-bulan tak lebih dari RM40 pun topup (RM5 untuk cover telefon member)..
ReplyDeletemacam banyak beli benda lain je. hehe.. dulu pun saya pakai postpaid rm50 punya..
ReplyDeleteplan yang memang murah.. saya paki plan prepaid yang RM30.. 5gb..
ReplyDeletesaya baru je tukar kepada rm80/mth tu. sblm ni rm149. agak mahal juga la
ReplyDelete