Monday, 20 November 2017

Makan K Fry Urban Korean di ioi City Mall

Orang dah kepoh pasal K Fry Urban Korean dan aku baru nak merasa makan kat sini. Serius aku dah lama tak makan makanan korea baru ini ada rasa tekak nak makanan korea.

Beratur panjang nak makan K Fry Urban Korean


Sedap sangat ke K Fry Urban korean ini sampai kerana beratur panjang?

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Memang kena beratur panjang tapi nasib baiklah tak de lah kena tunggu lama sangat sampai setengah jam.. dalam 10 minit tunggu kira bolehlah... kalau lama sangat memang aku makan lain hari je lah..

Menu K Fry Urban Korean Ioi City Mall


Kat dalam kedai ini korang jangan risau sebab korang akan dilayan bak raja mungkin sebab ada service charge tu yang layanan terbaik. hehe. tapi buat masa ini layanan terbaik..

Menu kat sini pula memang banyak pilihan sama ada korang nak makan ayam or maggi ke or nasi pun ada..

Tapi specialnya kat sini adalah ayam jadi korang mestilah kena try makan ayam kat sini.. Makan ayam kat sini je dah mampu buat korang kenyang contoh macam gambar kat bawah..

Kalau korang memang suka cheese boleh ambil menu utama dorang ini..tapi the problem is makan ayam cheese boleh buat cepat muak sebab ada cheese.

Benda ni normal kalau ada cheese memang cepat muak..

Nanti ada waiters yang akan cairkan cheese tu nanti dan akan salutkan sendiri untuk korang ayam tu nanti. Korang time tu bolehlah rakam video nanti demo yang dia buat nanti macam mana salut cheese kat ayam.

Tq kat Waiter Nurul yang tolong salutkan cheese kat ayam time tu.

In case kalau tak nak makan ayam yang ada cheese korang jangan risau.. korang boleh pilih ayam goreng lain cam sambal ke lemon ke garlic dan banyak lagi..

Macam gambar di bawah adam ayam goreng garlic (bawang putih)

memang terasa bawang putihnya. padu beb..

Air ak pilih air kosong je dan membe aku pilih watermelon.. Air putih dia letak lemon.. macma air detox. hhehe.

Puas hati makan kat K Kry korean food


Overall memang aku puas hati makan kat sini.. full perut aku makan ayam goreng ni. hahah

Korang boleh terjah Makan K Fry Urban Korean di ioi City Mall.

G26 IOI City Mall Lebuh IRC IOI Resort City Putrajaya,

Facebook K Fry Urban korean [DISINI]

8 Comments

pengunjungnya penuh juga dan kelihatanenak juga makanannya

Semakin ramai dah suka makanan K pop ni yer

harga boleh tahan la.. ada yang bawah RM20.00

fuhh..

berkenan nak try nih.

mujur jauh.

tq review boleh pergi nanti..harga boleh tahan ye..tapi rasa sedap kan..sekali sekala bolehlah layaaan