Saturday, 11 November 2017

Sedap pula makan biskut Gery Cheese

Biskut Gery Cheese korang pernah makan tak? Jarang sebenarnya aku makan biskut selepas aku keluar dari asrama.. time aku duduk asrama sekolah menengah memang rajin makan biskut sebab tu je yang ada boleh makan..

dulu rajin beli biskut kosong pastu cicah dengan teo memang terbaik.. hehe.

Then bila kat universiti pula memang dah jarang sangat makan biskut...

Tetiba terbeli biskut Gery sebab cam menarik je ada cheese dan malas dah nak cari biskut lain. Main rembat je biskut yang ada.. jarang dengar nama ni biasa dengar biskut marie dan biskut julies..

member aku kata viral dulu biskut gery ni sekali dengan maggi pedas korea dulu tapi kenapa aku rasa macam tak pernah dengan nama je gery ni dulu.. baru sekarang ni aku tahu kewujudan biskut ni, ni pun main rembat beli sebab packagingnya comel.

Kat bawah adalah contoh gambar biskut gery cheese.

Comel je packaging tak besar sangat dan tak kecik sangat.. Sedang-sedang boleh genggam satu tangan..

[caption id="attachment_7508" align="aligncenter" width="720"]Sedap pula makan biskut Gery Cheese Biskut Gery Cheese[/caption]

Dalam satu packaging ini ada 5 packet.. Setiap 1 packet ada 2 biskut cheese macam gambar dibawah.

Sedap pula makan biskut Gery Cheese

Rasanya macam mana?


Biskut ni macam biskut kosong juga just dia tambah gula dan cheese.

Depan biskut ada full cheese, belakang biskut pula kosong just ada gula...then korang ngapla baru tahu betapa sedapnya rasa biskut ni..

mestilah sedap sebab ada chesee.. tapi serius sedap namate. dah rasa sekali tu, besoknya siap borong banyak sikit biskut gery ni. penangan cheese gery punya pasal.

pergila try rasa biskut ni tak menyesal beli..

Beli kat mana Biskut gery cheese?


Sekarang semua kedai dah ada biskut gery biasanya harga kalau tak silap RM3.50. Tapi kalau nak murah lagi beli biskut ni kat Kedai Speedmart dengan harga RM2.90 sahaja..

Kalau ada duit lebih beli banyak terus kat speedmart tu terus.. sebab mostly selalu sangat habis biskut ni..

janganlah beli banyak sangat nanti tetiba korang rasa insaf pula sebab dia punya manis tu macam korang nak pergi jogging je esoknya nanti. hahaha. :D

Selain tu, bukan cheese je ada coklat pun ada tapi cheese sedap lagi la..

5 Comments