√ Pengalaman guna Green Tea waterfull toner - Adarain

Pengalaman guna Green Tea waterfull toner

Green Tea waterfull toner - Sebelum kita cerita pasal pengalaman green tea waterfull toner kita ceritakan serba sedikit kelebihan menggunakan teh hijau pada kulit.

botol toner green tea waterfall
Pada zaman dahulu, Teh Hijau sangat popular di negara Cina dan sekarang mula terkena hampir di seluruh negara kerana manfaatnya yang tinggi pada kesihatan.

Teh hijau mengandung 99,9% air, 1 Kalori per 100 mL, ia juga mengandung phytochemical ,seperti polifenol dan kafein. Polifenol yang ditemukan dalam teh hijau termasuk epigallocatechin gallate (EGCG) , gallate epicatechin , epicatechins dan flavanols. Teh hijau mengandung sejumlah antioksidan yang tinggi serta enzim, asam amino, juga memiliki vitamin B, folat, mangan, kalium, dan magnesium.

Kelebihan Green Tea bagi Kulit Wajah


Selain kelebihan pada kesihatan, teh hijau juga memberi manfaat yang baik kepada perawatan kulit terutamanya pada kulit muka serta meningkatkan kecantikkan pada kulit.

Bukan sahaja green tea ini buat minuman sahaja tapi boleh menggunakan teh hijau sebagai masker yang mampu membantu wajah jadi lebih anjal dan terhydrate.

Teh hijau meningkatkan warna kulit dan membuat kulit sihat. Ini membantu membilas racun dari kulit, menyembuhkan noda dan bekas luka , dan mengurangkan keradangan kulit. Bahkan meningkatkan kelembutan pada kulit.

Kajian pada tahun 2013 oleh Medical College of Georgia menunjukkan bahawa teh hijau membantu meremajakan kulit dan juga membantu mengubati kulit dan luka.


Manfaat Green Tea, Mengurangi Kantung Mata dan Mata Panda


Antioksidan dan tanin (zat) dalam teh membantu menghilangkan kantung mata dan mata panda. Mereka membantu mengecilkan pembuluh darah di bawah kulit halus di sekitar mata. Dan pada gilirannya mengurangi pembengkakan kantung mata. Selain itu, kandungan vitamin K dalam teh hijau membantu meringankan lingkaran hitam (mata panda) di bawah mata.


Melawan Tanda-tanda Penuaan


Teh hijau memiliki sifat anti-penuaan dan manfaat antioksidan yang dapat membantu menunda tanda-tanda penuaan kulit, seperti kulit kendur, kerosakkan akibat sinar matahari, bintik-bintik usia, garis-garis halus dan kerutan.

Polifenol dalam teh hijau membantu meneutralkan radikal bebas berbahaya, yang dapat menyebabkan kerusakan yang signifikan pada kulit dan mempercepat proses penuaan.


Manfaat teh Hijau melawan jerawat


Catechin dalam teh hijau adalah agen antibakteri yang membantu melawan bakteri penyebab jerawat. Katekin bahkan membantu mengatur ketidakseimbangan hormon dalam tubuh, yang merupakan salah satu penyebab utama jerawat.

Selain itu, kandungan anti-inflamasi dari teh hijau membantu mengurangi kemerahan dan peradangan yang disebabkan oleh jerawat.

Berdasarkan data dari kajian yang diterbitkan dalam Journal of Investigative Dermatology menyatakan bahawa epigallocatechin-3-gallate (EGCG), komponen dalam teh hijau, membantu merawat jerawat.


Bila dah tahu tentang kelebihan teh hijau ini terus cari produk skincare yang menggunakan teh hijau dan terjumpa satu kedai The Face Shop iaitu Toner Green tea,.

Pengalaman menggunakan green tea waterfull toner dari the face shop sangat best sebabnya toner memang sangat ngam dengan kulit muka. Terasa segar muka bila pakai dan kulit tak nampak kusam.

Toner green tea dari The Face Shop ni lain dari toner kebiasaan. Kalau toner biasa bila kita letakkan atas sangat tersangatlah cair macam air tapi green tea waterfull tidak terlalu cair macam cream dan boleh dijadikan sebagai moisturizer.

Kelebihan  Green Tea waterfull toner

  • Anti-oksida effect, hydrating dan calming effect. (Melegakan kulit)

  • Terhindar dari bahan yang berbahaya (artificial coloring, benzophenone, minerals, animal derived materials, alcohol)

  • Bebas minyak untuk kulit berminyak dan combination skin

Boleh apply kat muka pagi dan malam selepas mencuci muka.

Walaupun toner ni khas untuk kulit kering tetapi boleh juga digunakan untuk kulit yang berminyak ataupun combination skin. Untuk kulit berminyak lepas apply toner green tea guna moisturizer khas untuk kulit berminyak. \

Boleh dapatkan di store The face shop yang berdekatan ataupun beli online [DISINI]

UPDATE  

Menurut The Face Shop Produk ini tidak akan ada lagi di pasaran dan akan stop pengeluaran untuk produk ini.. Jadinya dah tak adalah produk ni lepas.. boleh cari produk lain  

Get notifications from this blog

4 comments