√ Kenapa Insurans tak boleh claim dan menyusahkan? - Adarain

Kenapa Insurans tak boleh claim dan menyusahkan?

Selalu dengan yang Insurans tak boleh claim dan sangat menyusahkan atas sebab tertentu tapi sedarkah kita ada sebab yang tertentu menyebabkan insurans mengambil masa untuk cover.


Kenapa perlu ada insurans/Takaful?


Memudahkan sekiranya kos yang ditanggung bagi satu penyakit atau kemalangan melibatkan kos yang tinggi boleh di-cover oleh sesebuah company tanpa perlu mengeluarkan kos perbelanjaan sendiri yang banyak atau mungkin tidak mengeluarkan satu perbelanjaan sedikit pun.


kos perubatan sekarang pun semakin meningkat.

Sebelum memiliki insurans pastikan kita faham apa insurans yang hendak dimiliki jangan main beli tanpa melihat dengar penjelasan dari agent insurans.. Berapa bulanann/tahunan kena bayar? Apakah jenis penyakit/kemalangan yang di-cover dan sebagainya.


Kenapa Insurans tak boleh claim dan menyusahkan

Kebiasaan insurans ada buat Medical kad tapi ikut keperluan sebenarnya kalau rasa mampu bayar bulanan boleh go on beli medical kad sekali. Yang penting Insurans hayat tu penting


Selalu dengar Insurans tak boleh Claim dan menyusahkan kalau nak claim. ye ker?


Ramai yang cakap sesetengah company insurans penipu dulu kata lain sekarang kata lain sebab katanya susah nak claim apa semua sedangkan kita sendiri selepas beli insurans tak baca polisi yang telah diberikan kepada kita atau cara penyampaian agent isnurans tidak complete.

Polisi penting untuk kita baca dan faham supaya senang kelak kita tak ada rasa susah nak claim dan tidak menyalahkan pihak company insurans.

Selalu bila ambil polisi, kite ingat 100% insuran boleh cover bila masa2 saja..Semuanya tertakhluk pada terma dan syarat..

Kalau insuran semua menipu, dah tentu syarikat insuran kena tutup oleh pihak berkuasa. Kesilapan utama kita sebagai pengambil polisi biasanya tak baca dan fahami polisi betul2. Ada yang dapat polisi terus simpan dalam kotak. Jadi siapa harus dipersalahkan?

Sebelum ambil polisi kita diminta untuk isytihar sekiranya kita sudah ada penyakit dan sejarah kesihatan kita. Jadi beritahu awal-awal, jangan selindung apalagi berbohong.

Insurans tak boleh Claim sebabnya company nak siasat dulu?


kebiasaan pihak company insurans/takaful akan menyiasat dulu latar belakang customer yang mungkin baru apply insurans ni. Dan mengambil masa yang agak lama.. tengok company ada yang sekejap ada yang lama.

Semua company menawarkan khidmat yang terbaik cuma cara agent yang menyampaikan dengan baik ataupun tidak maklumat yang telah diberikan kepada customer.

Make sure kalau nak buat report kat PPIM or Bank Negara korang kena faham semua kat bawah ni..


1) policy inforce tak?
2) policy dlm waiting period tak?
3) policy dah berapa lama?
4) ada existing illness tak?
5) ada apa2 yg tak declare ker masa apply?
6) adakah status confirm REJECT atau you kena PAY N CLAIM kerana company nak investigate?


Kalau salah satu soalan ni kantoi, saya rasa ada yang disekolahkan balik...


Insuran/Takaful tak pernah tipu, cuma tak faham apa yg di cover dan waiting period..


Get notifications from this blog

3 comments