√ Kesalahan Etika Pakaian di Pusat Temu Duga - Adarain

Kesalahan Etika Pakaian di Pusat Temu Duga

Siapa sangka pergi interview di pusat temu duga yang comfirm calon akan nervous mengigil satu badan tanpa dikawal membawa satu tragedi besar.. Apa yang tragedi besarnya?

Tragedi besarnya apabila calon-calon SPA tidak mengutamakan etika pemakaian ketika pergi interview di pusat temu duga.

Pengajaran untuk SEMUA CALON dan BAKAL CALON

Kisah ini dikongsikan oleh Muhammad Al-Fatihee

Semalam saya memasuki Pejabat SPA Kota Bharu bagi melihat sendiri etika berpakaian calon-calon INTERVIEW jawatan (...) Sektor Kerajaan.

Seperti biasa, pakaian saya memang orang tidak akan syak yang saya datang untuk memerhati. Sengaja pakai seluar Track dan berselipar. Macam Orang kampung Gitu. Hehe

Selama 1 jam saya memerhati seorang demi seorang calon masuk mendaftar. Temuduga bermula jam 10 A.M.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu

Kesalahan Etika Pakaian di Pusat Temu Duga


Hasilnya SAYA RASA MACAM MAU NANGIS!

"Dik Jikalau beginilah etika pemakaian kamu. 90% permohonan kamu akan ditolak".

Belum masuk bab Body Language dan Komunikasi!

Antara kesalahan yang saya REKODKAN!

LELAKI

1. Interview jam 10 pagi datang jam 10.10pagi
2. Terlupa bawa Tie
3. Tie bunga-bunga zaman Tan Sri P Ramlee
4. Seluar Slack+Kasut Futsal
5. Rambut Tak Kemas
6. Tak Pakai Stokin
7. Baju Kemeja untuk keluar DATING dengan AWEK
8. Susunan Sijil yang salah
9. Tali pinggang tak pakai
10. Jam Getah

PEREMPUAN

1. Kaca Mata Honeymoon
2. Tudung singkat
3. Baju dan Tudung berfesyen. Amboi besarnya bunga
4. Tumit kasut tinggi sangat. hehe
5. Baju Kurung pergi kenduri
6. Mekap Tebal
7. Susunan sijil salah

Ini antara kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan calon INTERVIEW. Peliknya mereka memiliki Degree dan Diploma. Apa yang mereka buat semasa di universiti selain daripada pergi kuliah?

Adakah mereka tidak bertanya kepada PAKAR?
Adakah mereka tidak diberitahu oleh PAKAR? "Mustahil"
Adakah mereka buat tak endah semasa diuniversiti?
Adakah mereka tidak mendapat informasi etika berpakaian INTERVIEW SPA yang jauh berbeza dgn INTERVIEW Swasta?

Hmm. Jika begini patutlah ramai yang tidak mendapat kerja yang dipohon...

Namun hati saya kembali sejuk, apabila ada beberapa orang calon yang menepati etika berpakaian Profesional. Sekurang-kurangnya "First Impression" anda sudah menang.

Saya ucapkan Semoga Berjaya kepada semua calon TEMUDUGA 2018...

===

Apa yang orang akan lihat dan ingat bila pergi interview ialah pandang pertama cara kita berpakaian dan kemudian barulah gaya bahasa.. Kalau cara pemakaian kita pun dah tunggang langgang gaya bahasa, komunikasi pula berterabur alamatnya memang melepaslah jawatan yang nak dipohon tu.

First impression tu penting bila pergi interview.

Get notifications from this blog

8 comments

  1. Huhuhu...
    Dah tahu nak pergi interview... sebaiknya buatlah persediaan terlebih dahulu..
    Bukan datang interview tanpa sebarang persediaan.. bila dah jadi macam ni kan ke haru dibuatnya..

    ReplyDelete
  2. Dia orang memang suka langgar dinding...

    ReplyDelete
  3. kena buat homework sebaiknya sebelum interview, sayangla kalau tertolak sebab penampilan

    ReplyDelete
  4. Kadang-kadang nak salahkan pasal pakaian pun tak boleh. ada yang datang dari kampung, family susah. Tapi bab pakaian ni memang penting la.

    ReplyDelete
  5. pada yang ambil mudah dan memang jenis susah nak ikuti peraturan memang awal2 dah tersingkir, zaman sekarang peluang macam ni memang kene grab sebab persaingan sgt sengit

    ReplyDelete
  6. mereka nak pergi temuduga kerana terpaksa tu..

    dalam pemikiran dah setkan fikiran memang tak dapat punya..

    so buat apa-apa sungguh nak temuduga.

    itulah mentaliti kalah sebelum berperang.

    tak la semua

    ReplyDelete
  7. rasa macam betul juga apa yang bro tulis..

    ReplyDelete
  8. sbb first impression tu penting.. tpi kalau body language dan cara komunikasi ok.. memang penyelamat :D

    ReplyDelete