Presiden Trump Isytihar Baitulmuqaddis sebagai Ibu Negara Israel
Presiden Trump telah mengisytiharkan Baitulmuqaddis sebagai Ibu Negara Israel telah mencetuskan reaksi yang kurang senang di kalangan muslim kerana ianya bertentang dengan undang-undang antarabangsa yang sedia ada.
"Al Quds merupakan garisan merah orang muslim. Ketika kecederaan rakyat Palestin masih berdarah, kekejaman dan penindasan masih berlaku, keputusan untuk menyokong tindakan Israel bukan hanya mencabul Undang-undang Antarabangsa malahan bertindak mempermainkan nilai hati nurani dalam kemanusiaan"
Recep Tayyip Erdogan,Presiden Turki
Pengiktirafan ini merupakan tidak sah dan dilaksanakan tanpa sebarang perbincangan yang telah melanggar Undang-undang dan resolusi antarabangsa dan melanggar kesucian kota Jerusalem. Seluruh rakyat Palestin, Arab dan muslim menolak keputusan ini.
Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu |
Baitul Maqdis merupakan bandar suci bagi muslim dan kristian dan merupakan ibu kota Palestin. Selamanya akan menjadi kiblat pertama umat islam dan masjid ketiga suci bagi umat Islam sepertimana yang disebut dalam Al Quran ia akan kekal menjadi milik Palestin, Arab dan bandar Islam.
Kami, Hamas menyeru semua bangsa Arab dan umat Islam serta seluruh dunia agar bersatu dan mengecam pengiktirafan ini dan menzahirkan sokongan kepada rakyat palestin yang sentiasa berjuang dalam membebaskan tanah air mereka untuk mendapatkan kemerdekaan dan menjadikan Jerusalem sebagai ibu negara mereka.
Tindakan Amerika ini merupakan peringatan kepada seluruh bangsa Arab dan pemimpin-pemimpin muslim di dunia untuk bangkit dan mengetahui musuh mereka yang sebenar-benarnya ialah penjajah zionis. Segala usaha dan cara seharusnya tertumpu kepada penyingkiran penjajah untuk membebaskan Palestin serta mengembalikan pelarian Palestin ke tanah air mereka.
Dr. Maher Salah
Ketua Hamas di Diaspora
7-12-2017
Ketua Hamas di Diaspora
7-12-2017
Baitulmuqaddis sebagai Ibu Negara Israel tanda fasa zaman terakhir
Ini menyedarkan kita bahawa apa yang berlaku sekarang menghampiri dengan menuju garis akhir zaman yang ditakuti orang islam yang beriman.. Apa yang kita lalui sebelum ini dengan penuh gembira di dunia sejak berpuluh tahun lalu pasti akan berakhir dan bila tu hanya ALLAH sahaja yang tahu..
Fasa ini kita akan mula dengar khabar negara-negara muslim dilanda penderitaan seperti apa yang dilalui oleh negara Syria, Yemen dan Rohingya.
Derita bukan sahaja dari peperangan tapi juga berlaku dari bencana alam yang besar sebagai balasan dan peringatan kepada manusia tentang dunia. Baru-baru ini kebakaran hutan besar di Los Angeles juga boleh dijadikan sebagai iktibar.
Apa yang harus kita lakukan adalah :
Kita menyokong penuh secara ilmiah dengan apa segala juga organisasi atau gerakkan menentang untuk menjadikan Baitulmuqaddis sebagai Ibu Negara Israel.
Terus mempertingkatkan sifat perpaduan yang tinggi supaya kita tidak berpecah belah dengan pergaduhan sekaligus membawa peperangan yang besar.
Kita cuba melipat gandakan amal diri sendiri dan keluarga sekeliling kepada agama Islam supaya kita dibawah rahmat ALLAH S.W.T
Memperbanyakkan amalan dan bersedekah kepada yang benar-benar memerlukan seperti di Negara Palestin dan Syiria yang mampu membuatkan kita hidup jadi tenang dengan membantu orang lain..
Memperbanyakkan amalan dan bersedekah kepada yang benar-benar memerlukan seperti di Negara Palestin dan Syiria yang mampu membuatkan kita hidup jadi tenang dengan membantu orang lain..
Terkini : 220 pejuang palestin cedera sewaktu pertempuran dengan tentera rejim israel selepas seruan Intifada dikeluarkan oleh Ismail Haniyah.[/caption]
Apa yang dicatat pada masa dahulu sudah pun tertulis cuma kita tidak perasan bila ianya sudah berlaku.
Teringat ustaz kata apa yang bakal berlaku akhir zaman semua sudah tertulis cuma kita perasan bila sudah berlaku.
Get notifications from this blog
allahuakhbar..hancur zionis hancur..moga Allah bantu palestin!
ReplyDelete