Smartphone Xiaomi - Kalau dulu kalau nak cari yang berkualiti tapi dengan harga murah mesti orang akan cakap jenama Samsung. Better beli Samsung kalau tak mampu nak beli Apple..
Sekarang bila orang cakap nak specs tinggi tapi nak murah kebanyakkan orang akan rekomen brand Xiaomi dari Samsung dan Apple. Samsung sekarang pun dah mahal atas faktor kelas yang tersendiri dengan brand yang sudah dikenali seluruh dunia. Kamera memang terbaik!
Xiaomi terkenal dengan harga yang murah dan berbaloi untuk dimiliki.
senarai Smartphone Xiaomi sangat berbaloi untuk dimiliki
[caption id="attachment_7577" align="aligncenter" width="720"] Mi Mix 2[/caption]
Ini adalah senarai Smartphone Xiaomi yang sangat berbaloi untuk dimiliki.
- Mi Mix Series - Salah satu smartphone high end dengan specs tinggi dan yang terbaru adalah Mi MIx 2 dengan kelajuan 6 RAM / 64GB menggunakan Snapdragon 835 dan saiz phone ini agak besar 6.0. Cuma kekurangannya adalah tiada slot memory card dan tiada dual kamera.
- MI Series - Juga salah satu handphone high end yang patut dimiliki.. terbaru Mi 6 juga memiliki kelajuan 6 RAM / 64GB menggunakan Snapdragon 835. Namun saiznya agak kecil sedikit 5.15 berbanding smartphone kebiasaan sekarang 5.5. Kekurangannya adalah Memory card tiada disediakan dan kamera hadapan kurang baik sekiranya berada dalam keadaan low light..
- Mi Max Series - Kebanyakkan pengguna suka dengan smartphone terbaru Mi Max 2 kerana baterinya yang besar dan tahan lama sehingga 2 hari iaitu 5300 Mah..walaupun menggunakan Snapdragon 625 dan 4 Ram sudah cukup untuk main game high specs macam Need to Speed, Mobile Legend, Clash royale, Asphalt Extreme dan banyak lagi. Sais Hp sangat besar 6.44" dan Harga mampu milik.
- Redmi/Note Series - Harga yang sangat mampu dimiliki juga berbaloi untuk dibeli. Terbaru adalah Redmi Note 4 di mana specs lebih kurang sama dengan Mi Max 2 tapi dari segi saiz sangat berbeza iaitu 5.5" sama seperti kebanyakkan saiz smartphone lain.
[caption id="attachment_7578" align="aligncenter" width="720"] Xiaomi Mi 6[/caption]
Boleh lihat full list Specs semua brand Xiaomi [DISINI]
Ramai yang tanya Mana yang lebih bagus?
Semua kena tengok bajet yang ada dan keperluan.
Contoh bajet RM1200 dan nak bateri yang tahan lama maka belilah Mi Max 2 kerana baterinya antara yang paling tahan lama berbanding brand Xiaomi yang lain..
Sekiranya pentingkan specs yang terkini seperti Snapdarogn 835 yang boleh dikatakan yang terkini belilah MI 6 atau pun MI Mix 2. Laju pun laju janji puas hati.
Kalau nak beli handphone dengan kamera yang cantik bila ambil gambar belilah Mi A1 atau Mi Note 3
Specs Rendah mudah Lag/Hang?
Tak semestinya..
sekiranya Mi Max 2 yang mengunakan Chip snapdragon 625 dengan 4 Ram masih bagus dan cukup laju untuk kegunaan seharian. Dan tidak berlaku lag melainkan kalau banyak sangat app download sampai penuh storage phone dan Memory card 128gb.. tu memang la lag jadinya. Mana-mana Smartphone tidak mampu menanggung beban yang terlampau banyak apps dan media.
Jadi gunakan lah dengan sebijaknya.
1 Comments
fuh memang berbaloi lah, untuk yang betul2 keperluan lah, kalau macam aku, pakai yang biasa ok dah.. ini yang untuk spec user yang memang untuk kerja ke macam ne..