√ Sales 12.12 Online Revolution setiap tahun murah ke? - Adarain

Sales 12.12 Online Revolution setiap tahun murah ke?

Sales 12.12 dan sebelum ini 11.11 menjadi rebutan dan peluang orang ramai untuk membeli barang dengan harga yang murah dan berpatutan. Tapi persoalannya macam mana boleh wujud sale singles day dan memang betul ke murah?



Bagaimana Sales 11.11 dan 12.12 singles Day bermula


Macam mana sale 11.11 dan 12.12 atau orang panggil sale singles day ni boleh wujud?


Sale ini dikenali sebagai 'bare sticks holiday' yang bermula pada tahun 1993 di Universiti Nanjing sebagai meraikan hari bagi pelajar single mereka.  Tarikh 11:11 dipilih kerana ia menyerupai 4 batang kosong yang tunggal.


Sale ini lebih dikatakan sebagai sale versi asia manakala versi Amerika Syarikat adalah Black Friday dan Cyber Monday Shopping Sales tapi singles day punya versi asia ini lebih dari sekadar sales Black Friday dan cyber monday selama 24 jam sahaja.


Salah satu kedai online yang menyertai singles day adalah Syarikat Ali Baba yang meraih berjuta-juta ringgit hasil dari singles day selama 24 jam sahaja.. Punyalah hebat penangan Singles day..


Dan sejak dari itu, hampir kesemua negara asia seperti Thailand, Singapore, Filipina termasuklah Malaysia sendiri mula mengikut langkah dengan melakukan jualan singles day iaitu 11.11 dan 12.12 sahaja.


Sales 12.12 Online Revolution setiap tahun murah ke

Antara yang giat menyertai adalah Lazada, shopee, Lelong dan banyak lagi.



Sales 12.12 memang murah ke?


Semua depends.. tak semua murah dan tak semua mahal ada yang harganya sama dengan sebelum ini.. Ada yang lagi murah dari yang sebelumnya..


Kebanyakkan pelanggan lebih cenderung membeli smartphone, pakaian dan peralatan dapur.

Kebiasaanya seller akan beri voucher diskaun sebagai satu umpan buat pelanggan untuk beli dengan barang dengan harga yang sedikit lebih murah berbanding harga pasaran yang ada kat luar.

Jangan terpedaya dengan diskaun yang diberi semak dahulu dan bandingkan dengan harga yang lain. Kalau rasa betul2x murah terus angkat tanpa ragu-ragu.. jangan menyesal dikemudian hari. hehe


Baca spefikasi barang dengan teliti..supaya barang yang sampai nanti bukanlah saterika mainan. hehe.. Ada kes pelanggan yang dah terkena sebab tak baca details spefikasi dengan betul..

Get notifications from this blog

1 comment

  1. Terima kasih di atas perkongsian info...
    Tak sabar nak tahu..
    Sales 12.12.17 Online Revolution
    Mampukah menyaingi pencapaian 11.11.2017?

    ReplyDelete