√ Makan di 57 HotPot & Asian Cuisine Ioi City Mall - Adarain

Makan di 57 HotPot & Asian Cuisine Ioi City Mall

57 HotPot & Asian Cuisine - Sebenarnya dari dulu lagi nak test makan kat sini tapi tak terpegi-pegi.. Pergi makan tempat lain pula macam restaurant baru buka k-fry dengan Pak John Steamboat..

Beberapa hari yang lepas tu akhirnya plan juga nak ke restauran ni 57 HotPot & Asian Cuisine kat ioi city mall berdekatan dengan food court dan wayang GSC.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu


57 HotPot & Asian Cuisine


Boleh tahan besar juga restaurant ini dan suasana pun menarik serta eksklusif. Tenang je bila datang sini.. Meja makan pun menarik ala-ala cina gitu dan sebelah meja kita ada macam mini almari untuk mangkuk semua..

Dan mulalah menggodek menu yang ada kat sini..

Rambang mata tengok menunya kat sini sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Menu macam nasi goreng pun ada tapi jenis yang special punya lah..

Tapi aku pilih untuk makan steamboat dan grill alang-alang nak try rasa makan steamboat kat sini pula.. mana tahu lagi sedap dari seoul garden or pak john ke..

owh yea.. steamboat kat sini tak macam seoul garden or pak john tu.. Kat sini dah termasuk dalam pakej tak boleh nak ubah apa-apa melainkan kalau nak tambah tu boleh tapi kena caj lebih lah..

Aku ambil pakej steamboat RM50 lebih macam tu untuk 2 orang makan.

Dengan harga pakej ini dapat macam-macam jenis ayam, sayur, bebola siap dapat ayam panggang dan cheese. Pakej ini sahaja dah buat korang kenyang yang teramat.. haha

Grill lain dari yang lain


First time tempat grill dia lain dari yang lain..biasa pakai gas untuk grill tapi ini pakai infra apa ntah. kiranya grill masak pakai lampu yang panas.. . memang jakunlah tengok..

Sedap ke tak 57 HotPot & Asian Cuisine?


Ini review aku makat kat sini..

Kuah tomyam dia dengan kuah sup tak kena dengan tekak aku. Rasa dia lain macam.. rasa setiap orang berbeza-beza mungkin bagi korang rasa sedap.. But yang lain semua makanan ok! Macam makan steambot yang lain juga rasanya. hehe

korang boleh terjah facebook  57 HotPot & Asian Cuisine Ioi City Mall

atau

Boleh tengok laman web dorang kat https://www.57hotpotandgrill.com

Cuma aku perhatikan orang sebelah aku dengan orang depan meja aku duduk berseorangan masing-masing dan diorang order satu makanan je nampak macam aiskrim.. tu je dorang makan..curios juga takkan datang restaurant ni makan benda alah tu. hahaha. mesti sedap tu yang dorang order tu je..

Get notifications from this blog

1 comment

  1. nyumm terliur menengoknya, belum pernah singgah sini lagi

    ReplyDelete