Eh! Apa kena mengena Oppo dengan OnePlus.
Ada kena mengena Oppo dengan OnePlus ini.. dulu CEO Oneplus pernah bekerja dibawah Oppo namun mungkin ada salah faham menyebabkan Ceo Oneplus menubuhkan satu brand handset baru iaitu Oneplus One sampailah sekarang yang latest OnePlus 5t.
Kalau nak tau Oppo, Vivo dengan Oneplus dibawah induk yang sama dan Oneplus ini masih bekerjasama dengan oppo untuk certain2x part.. walaupun dibawah induk yang sama tapi setiap company ada hala tuju masing-masing..
Terpengaruh dengan Marketing OnePlus
Macam mana boleh saya beli brand OnePlus ini?
Terpengaruh dengan marketing OP kat youtube pastu review-review dari vlogger IT antarabangsa yang superbb mengatakan hp oneplus adalah satu hp yang power dengan harga mampu milik.
nak beli Samsung note 8 or iPhone or Mate 10 pro memang luar bajet.
sumber gambar dari https://www.theverge.com/ |
Lagi satu nak tunggu Oppo find 9 next generation memang berjanggut tunggu.. better grab brand lain.
Terus pasang azam beli hp baru untuk tahun 2018 ni..
Hp ini memang agak susah nak beli kena pandai cari kedai yang boleh jual murah.. Saya beli dekat The Mines.. tingkat atas sekali kedai olike...Olike ini merupakan brand dibawah kendalian Oppo lebih fokus pada aksoseri macam powerbank, charger utk oppo.
Harga bawah RM2k. Import set. Pilih 6/64gb. kalau pilih MYset mahal sangat pastu beza tak banyak cuma warranty dengan dengan pin charger je berlainan.. Yang lain semua sama..
Pengalaman Pakai Oneplus 5T
Sekarang dah sebulan lebih pakai. dari 21 januari sampailah sekarang dah 25 Februari 2018..
Pengalaman pakai Oneplus 5T pertama kali memang kekok dengan hp besar gedabak pastu nak setting sana sini sangat lain dengan hp lama Oppo find7a. Memang best! Laju tu tak payah cakap.. dengan Cip snapdragon 835 tambah pula dengan 6 ram memang smooth laju je main hp ni..
Ia dilengkapi skrin 6″ AMOLED FHD+ dengan nisbah skrin 18:9, dijana pemproses Snapdragon 835, memori sebesar 6/8 GB RAM dan storan 64/128 GB. Kamera utama ialah gabungan 16+20 Megapixel masing-masing dengan lensa f/1.7. Sensor yang digunakan ialah IMX 398 + IMX 376K keluaran Sony. Kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel f/2.0 dengan sensor IMX 371. Kamera utama boleh merakam video pada resolusi maksimum 4K 30FPS. - Amanz
Tapi yang tak best adalah part Alert Slider.. Alert Slider macam feature iPhone yang tepi tu untuk Ring, silent dan do not disturb. Leceh nak silent kena gerakkan ke atas.. nak ring kena gerakkan ke bawah.. sbb sebelum ni kat oppo find7a dah terbiasa kalau nak silent ada kat bhgian notification just klik vibrate or silent.
Lagi satu, tempered glass jenis matte anti-finger susah nak cari untuk brand ni..
Hopefully, hp ni takde masalah untuk masa akan datang dan berikan servis terbaik..
8 Comments
jarang aku tukar-tukar phone, pakai Xiaomi sekarang ni pun dah ok
bestnyaaa hp baru :D
Thank you for the info..tgh mencari2 jgk hp baru ni..
hehe. mula2x je best.. lama2x campak je hp tu. hahaha
sama2x. semoga dpt buat pilihan tepat.
hehe,, sekali sekala tukar..
Nice gan
Tak pernah lagi pakai phone OnePlus, kena rembat sebijik nampak gaya. Huhu