√ Ujian Berat Intan Liyana Berpisah Gara Suami Tiada Hati Lagi - Adarain

Ujian Berat Intan Liyana Berpisah Gara Suami Tiada Hati Lagi

Dalam-dalam banyak cerita viral kat laman sosial sekarang ini, kes inilah yang menarik perhatian saya kerana ianya melibatkan hati wanita yang terluka dipisahkan dek kerana bekas suaminya tak ada hati lagi yang sudah berkahwin dengan seorang artis janda.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Suka saya dengan post dari Nadia Hazmi berkenaan dengan isu ini..

"Bila otak dicelah kangkang.."

Kalau ikutkan, agak malas nak respond psl rumah tangga org ni, tapi entah kenapa la.. air mata wanita ni nampak sangat 'mahal', nampak sgt naif dan suci.. k.nad rasa nak tulis jugak.. (dah xde keja kan..)

Isu ni semua org dah baca.. jadi apa yg nak ditulis ni utk adik2 yg baru nak up.. baru nak merasa indahnya dunia percintaan. Yang baru nak berangan anniversary sweet2 penuh baloon n surprise.. yg berangan nak buat wedding of the year di angkasa lepas. Waktu tu psgn kamulah segalanya. paling setia. paling romantis. paling beriman. pendek kata #relamatitanpakamu.

#Yang pertama jangan byk sgt baca novel cinta melayu
#Yang kedua jgn tengok sgt drama tv3 / drama bersiri astrok. (tgk #SyurgayangKedua takpe.. tu realiti.. laki tu buat muka baik, pastu menikah sampai 3 org..)
#Yang ketiga bacalah page #KRT byk2.. (yg dah kawen tu tak payah la ye buat jiwa kacau je nti..) 😅
PERCAYALAH adik2, dunia perkahwinan ni bukanlah seindah yg kamu damba.

Ada satu fasa dalam dunia perkahwinan, waktu tu otak pasangan kamu akan terletak "di celah kangkang.." sebut PASANGAN ni bukan khusus utk suami shj, to be fair sama juga utk isteri. Waktu tu selalunya bila dah masuk zon selesa, selepas 5 thn - 10 thn perkahwinan.. anak dah ada, kerja dah stabil, poket pun penuh.
.
Waktu tu, pasangan kalau isteri selalunya dah terikat dgn komitmen urusan rumahtangga dan anak2.. dah tak manja lapaq cendol krn beban yg ditanggung, dah tak slim sbb melahirkan dan menyusukan zuriat suami, cium bau bawang, mulut pun suka membawang.. suami akan mula buat hal. Untung nasib dpt suami soleh, dia poligami. Malang nasib dpt suami firaun, dia zina.
.
Kita siapa untuk tidak diuji, tambah bila kedudukan isteri lebih tinggi dari suami jika dia bekerjaya. Ruang sosial nya luas, godaannya byk. Maka bertepuk sebelah tangan, takkan berbunyi. Sama, zaman skrg baik suami baik isteri. Bila otak dicelah kangkang, apa pun tak rasa.
.
Saat diuji tu, suami yg rasa isterinya bukan mcm yg dulu lagi, tidak segedik dulu lagi, layanan juga tak seperti masa bercinta.. (rupa paras usah dicerita, semua dah tau.. ) nak pakai lingerie ke gstring ke, kulit dah pecah selulit sana sini lepas bersalinkan.. terus hilang confidence.. itu alasan paling kukuh bagi mereka utk meletakkan otak di celah kangkang. Mulalah memasang umpan mencuba nasib mana tau ada rezeki 'ikan' yg maukan 'cacing' itu..
.
Saat isteri diuji pula.. bila dia mula dicurangi suami.. waktu ini dia merasakan diri tidak lagi dihargai.. mungkin merasakan suami tidak mampu memberi segala maunya, hidupnya dibanding dibeza dgn novel dan drama.. terjumpa pula umpan cacing itu tadi, walau busuk dan murah.. kerana ditambah perisa bilis dari si iblis.. umpan najis pun sanggup ditelan. Modalnya cuma ayat2 cinta.. membuatkan diri rasa 'masih ada harga'.. dan mula rasa dihargai.. maruah diri hilang sekelip mata. Maklumlah, otak kat mana?
.
Belum lagi kamu jumpa suami dayus yg menyakiti tubuh zahir dan batin si isteri. Namun mulut isteri terkunci, suaranya terbisu walau lebam luka berdarah, tulang patah retak seribu... demi menjaga maruah suami, keluarga dan rumahtangga. DEMI ANAK alasan paling cliche utk si isteri bertahan. Kamu dayus wahai suami.
.
Waktu ini juga, si iblis tadi akan buat semuanya lupa, mana anak yg dulu kita damba, mana suami dan isteri halal yg kita cinta.. dengan mudah dikata "sudah hilang rasa"..
.
Benarlah kata org, perkahwinan ni satu perjudian. Menang judi untung bahagia, kalah judi rugila hidup merana.
.
Apapun yg berlaku dalam rumah tangga dia kita mungkin tak tahu. Cuma yg k.nad respek dia tetap sembunyikan aib suaminya. Walau dia redha, air mata itu cukup gambarkan luka dan duka. Belum lagi lihat ke dalam mata anak2nya yg tak tau apa.. moga Allah melindungi mereka dan hapuskan segala duka.. Jangan pilih org yang tidak memilih kita..

"A weak man can't love a STRONG women.. He won't know what to do with her.."

Get notifications from this blog

5 comments

  1. Yer kan..sedih sgt bila baca cerita dia..dah la kahwin senyap2..bila dapat tahu terus nak diceraikan. Semoga Allah memberikan lebih kebahagiaan pada Intan, dapat jumpa lelaki yang lebih bertanggungjawab dari sekarang.

    ReplyDelete
  2. setuju. perangai sebenar muncul selepas kahwin.

    anyway, god bless ibu tunggal.

    ReplyDelete