Menurut claim dari Lemon Mix Fibre ni sesuai untuk mereka
- Sesiapa yang kurang serat dalam pemakanan harian
- Sesiapa yang mengalami sembelit
- Sesiapa yang obesiti dan ingin mengekalkan berat badan ideal
- Sesiapa yang mempunyai gaya hidup kurang sihat
- Sesiapa yang inginkan wajah berseri
- Sesiapa yang ingin mengekalkan kesejahteraan menyeluruh
kotak lemon mix fibre |
Lemon Mix Fibre Complex
Saya sebenarnya mencari-cari satu produk macam detox sebab dah beberapa hari tak buang air besar risau kalau sembelit. Jadi saya terus pergi ke farmasi terkemuka iaitu Guardian pastu cari bahagian detox.
Kalau boleh nak cari selain dari produk Clenx Tea by Detoxlim sebabnya macam menyeksakan bila nak buang air besar esoknya. tercirit birit pun ada.
Maka terjumpalah satu produk lain macam best je tengok -> Lemon Mix Fibre Complex. Kebetulan saya memang suka minum lemon selain kopi.
Jadinya saya try la produk ini.. Harga RM52 kalau tak silap. Dalam kotak ada 15 paket. Nak test dulu kalau ok bolehlah beli lagi.
Berkesan ke tak Lemon Mix Fibre Complex?
Dah beli apa lagi terus tryla minum lepas makan dan sebelum tidur..
Besoknya amek kau.. sakit perut terus memulas tapi lega sebab dah membuang semuanya.. hari pertama je rasa sakit perut bila hari kedua tu perut tak sakit terus membuang.
Maknanya berkesanlah produk ini. Memang tak rugi lah beli produk ini walaupun mahal bagi saya.
Cara Bancuhan pun sangat mudah. Just bancuh dengan air kosong biasa..
Macam saya, bancuh dengan air suam sebab nak bagi senang larut. Kalau ada botol shaker lagi best senang nak larut. Serbuk sachet Lemon agak susah nak larut kena selalu kacau baru larut.
Rasa Lemon Mix Fibre macam mana?
Tersangatlah masamm... siapa boleh minum air masam2x bolehla minum. Kalau perut tak berapa nak hadam nak tak nak kenalah minum ni. Nanti lama-lama biasalah minum air macam ni.
Kalau macam saya tak minum hari-hari.. Saya minum 1 kali dalam 2 hari atau 3 hari dah cukup memadai. Saya tak minum hari-hari. Nak jimat punya pasal.
4 Comments
wah
bagus lah
siapa yang susah nak membuang tu memang kena ambil nih
Terima kasih atas info. Satu lg alternatif mudah kalau terkena sembelit
Dey sebut je kopi o truss sy bancuh kopi o jugak!! Yum! 😋
100% herbal kah?