Tempat Pavillion Steak & Grill
Macam saya tulis sebelum ini tempatnya agak tersorok tapi senang je nak jumpa kalau lalu ikut seksyen 9. Kalau nak cari pun memang takkan sesat punya sebab kedai tepi jalan je cuma kena pandang belah kiri supaya tak terlepas..![]() |
Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu |
Kedai Pavillion Steak & Grill boleh kata memang besar siap ada yang jenis indoor dan outdoor. Walaupun ada outdoor tapi dibawah bumbung yang sama.
Menu Pavillion Steak & Grill
Menu utama adalah steak dan grill. Tapi ada yang lain macam pasta, pizza, ayam bakar, nasi aran pun ada dan banyak lagi la..
Apa yang saya pilih adalah Striplion Steak dan member saya order ayam bakar Pavillion. Kemudian saya minta Nasi.. hehe..
Kemelayuan tu tetap ada rasa tak sah kalau tak ada nasi. haha
Harga Striplion Steak - RM20.90
Ayam Bakar Pavillion - RM11.90
Korang kena try Coffee Pavillion Premium (RM5.00) memang sedap habis padu semua ada.. macam coffee kacang pun ada tapi yg penting sedap marvellous..
Kesimpulan tentang Restoran Pavillion Steak & Grill
Lain orang lain tastenya macam saya memang jarang sangat makan steak boleh kira dengan jari.. kira ni baru first time untuk tahun ni merasa daging steak. Tak liat dan lembut senang nak makan dengan nasi. Nasib waiters tak tanya pasal steak yang ni nak masak rare ke medium apa kejadah semua.. Apa yang penting bagi saya lembut tak liat bila makan..
Tak boleh lupa sampai sekarang dia punya coffee ni..
cubalah try nanti masuk dalam list kalau nak jalan-jalan cari makan kat Bangi.
10 Comments
wah
harga murah tapi nampak sedap dan menarik
kena cuba nih
assalam..
wOw tengok gambar pon dah takleh tahan, lapar laa pulak :D
Mantap nih gan
wow..terliurnyer tengok gambar steak.. boleh try ni kalau turun ke sana
Nice gan
tak la mahal sangat harganya. ayam tu cuma rm11 sahaja
Waaa tengok kuah steak tu. Mengiurkan.. Slurpp...
tengok tu makanan jadi nak makan
nampak sedap tdi pngn makan
uwow mantap