√ Cara Paling Mudah Untuk Kira Zakat Simpanan Selangor - Adarain

Cara Paling Mudah Untuk Kira Zakat Simpanan Selangor

Ini adalah perkongsian dari Nur Aliah Mohd Nor berkenaan dengan cara untuk kira zakat simpanan selangor dengan cara yang mudah..

Masih ramai lagi yang tak tahu cara simple untuk kira zakat simpanan ni! Sebagai umat Islam, kita semua wajib ambil tahu kiraan untuk bayar zakat ni.

Mudah je, kita akan dikenakan Zakat Simpanan kalau ada syarat seperti di bawah ini:

1. Melebihi Nisab (Nisab: Harga 85 gram emas RM14,688)
2. Cukup Haul (Tempoh Setahun)
3. Sempurna Milik (Sebab tu KWSP belum dikenakan zakat)

Ingat, Zakat Simpanan ni dikira baki akhir, bukan baki terendah ya. Boleh lihat contoh contoh di bawah ini.

1. Contoh cara kira zakat 1:

Contoh baki akhir simpanan anda pada bulan December ada banyak ni:

1. Maybank: RM 7,000
2. Public Bank: RM 7,000
3. Tabung Haji: RM 10,000
4. Tunai : RM 2,000

Jumlah wang akhir haul:
RM7,000 + RM7,000 + RM10,000 + RM2,000 = RM 26,000
(Kalau lebih hisab, dah dikira wajib zakat)

Sebab Tabung Haji dah bayarkan zakat, kita kena keluarkan lah duit Tabung Haji (RM10,000).

Jadi, jumlah zakat wajib bayar: RM 26,000 - RM 10,000 = RM 16,000 x 2.5% = RM400

Penting!
.
Kita WAJIB keluarkan zakat sebanyak 2.5% kalau keseluruhan simpanan yang ada pada kita lebih dari Nisab, tak kiralah dari mana wang tersebut berada.
.
Contoh : Simpanan dari Fixed Deposit, Emas, Unit Trust, Maybank, Duit di tangan, dan lain lain lagi.
.
2. Contoh cara kira zakat 2:

1. Tabung Haji : RM 17,000
2. CIMB : RM 6,000
3. Tunai : RM 2,000
.
Jumlah wang akhir haul: RM 25,000 (Lebih Nisab, terus Wajib zakat)
.
Jumlah dah dizakatkan : RM 17,000
Baki belum zakat : RM 8,000
.
Jumlah zakat wajib bayar : RM 8,000 x 2.5% = RM200 sahaja.
.
3. Tambahan Info 1:

Pembayaran apa jenis zakat pada tahun semasa termasuk Zakat Simpanan ini layak dapat rebet cukai 100% dari LHDN. Jadi gunakanlah peluang ini untuk bayar zakat dan qada’ zakat yang lepas ya!
.
Contoh :
.
Cukai : RM 1,000
Bayar Zakat : RM 400
Cukai kena bayar : RM 600 saja.

4. Tambahan Info 2:

Kalau anda buat loan ASB, zakat akan dikira pada jumlah yang anda dah buat installment pada bank.
.
Zakat ASB ni boleh jadi banyak situasi. Contoh:
.
1. Buat loan dan dividen terima 100%
= Dividen x 2.5%
.
2. Buat loan dan dividen buat bayar installment
= [Dividen - Installment] x 2.5%
.
3. Kalau 100% duit anda
= [Baki akhir + Dividen] x 2.5%


Cara Paling Mudah Untuk Kira Zakat Simpanan Selangor
Cara Paling Mudah Untuk Kira Zakat Simpanan Selangor
Kalau rumah atau tanah pusaka, kena zakat ke?

Ni jawapannya:Kalau harta tu tak mendatangkan hasil, jadi tak dikenakan zakat.

Sebab zakat ni untuk harta yang berkembang.

Kalau rumah/tanah tu disewakan, hasil sewa tuh baru dikenakan zakat.

Kalau rumah tu dijual, hasil jualan baru dikenakan zakat.

Alhamdulillah. Sedikit sebanyak yang Lia boleh kongsikan kepada anda semua. Semoga dapat sesuatu dan bermanfaat ya.

Perkongsian dari Nur Aliah Mohd Nor

Get notifications from this blog

2 comments

  1. betul.

    bab zakat ni, better kita belajar kalau tak tahu.

    dulu pun aku tak tahu. dah tahu ni, baru rasa lega sikit.

    ReplyDelete
  2. contoh harta belum mencapai nisab tapi mau di zakatkan apakah termasuk zakat harta atau sekedar sedekah

    ReplyDelete