Saturday, 22 September 2018

Layan Movie Hichki Cabaran Guru Sindrom Ajar Kelas Tercorot

Movie ini dah lama ditayangkan cuma hari ini baru ada kesempatan nak layan movie hindustan yang viral kat facebook.. semua dok kata cerita ini best sangat sesuai untuk ditonton oleh warga pendidik.

Filem selama 2 jam 20 minit ini menceritakan kisah seorang guru yang mempunyai Tourette's syndrome yang bercita-cita ingin menjadi guru.

Selepas bertahun-tahun mencuba untuk mendapatkan jawatan sebagai seorang guru, akhirnya beliau berjaya.

Cuma kelas yang beliau perolehi bukanlah semudah disangka. Terpaksa mengajar budak-budak yang berada di kelas tercorot. Hari pertama mengajar dah kena bahan dengan pelajar. Inilah dugaan gurun sindrom

Layan Movie Hichki Cabaran Guru Sindrom Ajar Kelas Tercorot
Rani Mukerjee teraju utama
Dalam pada masa yang sama guru ini tetap beriltizam untuk membantu muridnya berjaya demi masa depan yang cerah.

---

Menarik untuk tonton filem ni, ada banyak pengajaran yang boleh dikutip. Ilmu boleh disampaikan dengan pelbagai cara.

Sesiapa yang belum tengok lagi tu kena pergi tengok cerita ini memang sangat best!.

Bagi 4/5 bintang untuk cerita ini..