Friday, 30 November 2018

Ulasan Tentang Movie Tamil 2.0

Ini rasanya kali kedua saya tengok movie tamil kat pawagam. Sebelum ni tengok movie tamil genre seram kelakar dengan family kali ni dengan memberi genre aksi.

Sebenarnya ramai yang ternanti-nantikan movie tamil yang ni sebabnya hero ni memang legend dan sangat terkenal kat Malaysia siapa lagi kalau tak bukan Rajinikanth. Memang semua orang kenal dari dia muda sampailah dia tua pun masih berlakon.

Movie 2.0 ini adalah kesinambungan dari yang pertama.. Tajul movie pertama lupa dah tajuknya. haha. Yang kedua diberi nama 2.0 kira upgrade versi 2.0 la. Lagi power la robot kali ini..

Ulasan Tentang Movie Tamil 2.0
Movie Tamil 2.0 

Sinopsis Movie 2.0


Mengisahkan seorang saintis yang cuba merungkai masalah yang terjadi kat bandar tersebut. Di mana hampir ke semua penduduk kebingungan apabila hp terbang ke langit secara tiba-tiba. Saintis tersebut cuba untuk menghidupkan kembali robot lamanya untuk membantu merungkai masalah kat bandar tersebut. 

Ulasan tentang movie 2.0

serius saya datang tengok cerita ini memang tak expect tinggi pun just biasa-biasa je nak pergi tengok sebab yang pertama dah kelakar yang kedua ni pun mesti la lagi kelakar la kan.. 

Secara jujurnya cerita ni bolehlah so-so la.. dari CGI pun walaupun nampak kartoon tapi overall puas hati dengan cginya.. kira ada peningkatan.. bukan senang movie tamil nak buat cerita macam ni.. 

ada babak tu memang kelakar habis..

cuma kekok tengok bila ada bab rajinikant lari.. haha mungkin atas sebab faktor usia kot tu yang lari ke jalan tu. haha

carita ni ada ala-ala macam Ghostbuster pun ada. hehe. agak merapu la tapi kelakar hahaha

Saya bagi 6.5/10 Bintang untuk movie tamil 2.0. 

nasib baik tak ada nyanyi-nyanyi dalam movie ini. 


4 komentar

Selalu kat 1 kedai ni. Tiap hari pasang citer Tamil walau tak ada pun org India yg tengok. Dari sini lah tau yg cerita Tamil ni, kartun dia melampau2. Mmg terbahak2 la gelak effect diorang. Kahkahkah

yang minat cerita tamil wajib tgk ni.. tengok poster mcm menarik