Saturday, 1 December 2018

Makan Ole-Ole Bali Kat ioi City Mall Putrajaya

Lama dah tak share makan-makan kat sini. balik-balik pasal wayang pun bosan juga.. so, kali ini kita share pasal makanan pula..

Senang buat rujukan kalau nak pergi makan. sama ada berbaloi ataupun tidak..

kali ini kita terjah restaurant kat Ole-Ole Bali.. asalnya nak makan k-fry tapi memandangkan k-fry ni dari dulu sampailah sekarang masih beratur tak pernah nak surut pelanggannya so cancel makan kat situ then terus pg ole-ole bali kebetulan berada depan k-fry dan baru buka kat ioi city mall.

Apa yang menarik tentang restaurant ole-ole bali ini dia punya hiasan dalaman ala klasik gitu dan tersangat cantik mata memandang.

Hiasana dalaman Ole-Ole Bali dari luar
kat dalam penuh dengan orang jadi terpaksa makan luar. Ruang kat luar pun juga disediakan.. kalau korang nampak gambar kat tengah tu adalah tempat dorang memasak.. so, korang boleh la nampak dorang tengah masak makanan untuk korang..

Menu Ole-Ole Bali

Nama menu makanan agak pelik bila baca jadi terpaksa dia punya penerangan ada apa dalam makanan dorang baru boleh decide nak makan.. agak rambang mata juga nak pilih mana satu. haha

yang penting harga dia agak mahal jugalah.. tak tahulah berbaloi ke dengan harga dengan makanan nanti.

lama punya lama tengok last2x ambil nasi bumbu dan nasi campur. 

Menu Siap Bumbu (harga dalam RM33)

Nasi Campur kalau tak silap (harga dalam RM37)
Amcam terliur tak tengok gambar makanan kat atas,. hehehe

lupa order air apa ni.. ahhaha macam ice latte.

Selain menyajikan makanan tradisional Bali juga diselitkan dengan makanan barat macam pasta dan grilled lamb chop juga disediakan pencuci mulut. 

===

Rasa macam sedap ke tak? Entahlah macam cibiuk sedap lagi je.. hahaha.. tapi bolehlah sedapp cuma makanan aku order tu agak over side foodnya. padahal main ayam ngan nasi.. tambahan lauk tu macam banyak merapu. ada 4 side kalau tak silap..

Overall, berbaloi sebab ayam besar cuma nasi agak sedikit kena tambah lagi nasi baru puas dan yang penting memang kenyang habis..

harga tu ya ampun tak yah cakap.. haha. 

Kalau ada bajet, cubalah try nanti makan kat sini kalau nak try rasa makan makanan bali. tak dapat pergi Bali dapat makan makanan Bali kat Ioi city mall pun ok pe. hehe. jimat duit travel. haha


Alamat kedai : G28 & 29, IOI City Mall, Lebuh IRC Resort City, 62502 Putrajaya Sepang, Malaysia IOI City Mall, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya