Movie Hellboy 2019 Terlalu Padat Dan Biasa je Ceritanya

Aku tak tahu nak tulis macam mana sebabnya movie ni punya trailer terasa hype dan nampak awesome cerita ini.. Tapi bila korang tengok je movie ini korang akan rasa meh...

Difahamkan movie ini bukan sambungan dari mana-mana hellboy dan movie just dibuat balik dengan jalan cerita yang lain berbeza dengan sebelum ini. Kalau sebelum ini movie penuh seriuss serta aksi dan movie baru kali ini penuh dengan humour di mana  korang sendiri pun tak rasa nak tergelak dengan lawak yang dorang buat. Orang kata hambar la.

Dan aku tak boleh nak relate hellboy dengan sejarah lampau merlin dengan king Arthur. Kenapa perlu dikaitkan dengan merlin ni semua macam tak masuk akal. Balik-balik cerita merlin dan king Arthur. Takde jalan cerita lain ke..

Bab aksi pula orang kata tak banyak aksi tapi bagi pandangan aku babak aksi yang ditonjolkan tu banyak gak cuma padat betul ceritanya. Memang cepat betul ceritanya asal muat masuk cerita ni dalam 2 jam lebih.  Macam part 1 dan part 2 bergabung menjadi satu movie.

Kadang ada babak tu aku feel seram tiba-tiba ada scent lawak jadi macam dah tak seram. Rasa macam kacau daun arr. Baru nak feel seram skit.  Spoil la.

CGI bagi aku menarik dan cantik.

Overall aku bagi 2/5 untuk movie Hellboy. Not Recommended.

Ada credit tp aku aku tak tengok.. tak teruja langsung. hahaha


Sinopsis Hellboy 2019

Mengisahkan seorang hellboy yang perlu menjalankan misi untuk mengentikan pencarian musuh ke atas badan nimue yang merupakan pemaisuri berdarah. Kalau bercantum badan pemaisuri yang telah terpisah antara tangan kaki dan badan,  maka berlaku malapetaka seluruh dunia.
Movie Hellboy 2019 Terlalu Padat Dan Biasa je Ceritanya Movie Hellboy 2019 Terlalu Padat Dan Biasa je Ceritanya Reviewed by adarain on April 12, 2019 Rating: 5

1 comment:

  1. filem ni dapat rating rendah. ramai kutuk. kesian plak sebab diorng target blockbuster. special effect pun not bad.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.