Friday, 15 November 2019

Nasi Goreng Boleh Menyebabkan Keracunan Makanan? Betul ke?

Ramai tak tahu yang kita mungkin boleh mendapat keracunan makanan daripada nasi goreng. Jangan tak caya pulak ye.

Tapi ia bukan dari hidangan nasi goreng berkenaan, TETAPI disebabkan oleh cara nasi tersebut disimpan sebelum digoreng. Yang ni yang perlu ditekankan.

Beras yang belum dimasak boleh mengandungi spora bakteria __Bacillus cereus __yang boleh menyebabkan keracunan makanan dan spora ini boleh survive dalam nasi yang telah dimasak juga.

Eh camna pulak tu?

sekadar gambar hiasan

Pembiakan Bakteria Jika dibiarkan Lebih dari 4 jam?


Jika nasi yang telah dimasak ditinggalkan pada suhu bilik lebih daripada 4 jam, spora dalam nasi tersebut mula aktif semula dan menyebabkan pembiakan bakteria _Bacillus cereus_ sehingga menghasilkan toksin yang beracun.

Anda mungkin ada pertanyaan bagaimana, spora boleh aktif balik dalam nasi yang telah dimasak. Ini disebabkan oleh nasi yang ditinggalkan pada suhu bilik pada jangka masa yang lama iaitu lebih daripada 4 jam, akan menyediakan satu persekitaraan yang selesa untuk spora ini aktif semula. Contohnya suhu, kelembapan, pengudaraan dan nutrisi untuk spora berkenaan aktif balik.

Biasanya nasi yang dah rosak, akan kelihatan berlendir, bertali dan berbau. Jika anda terjumpa nasi seperti ini elakkanya daripada dimakan dan buang je. Nak buat nasi goreng pun memang tak boleh tau.

Tips simpan nasi supaya tak basi?


Nasi yang telah dimasak kalau tak abis dimakan, boleh terus disimpan dalam bekas yang bertutup di peti sejuk tidak lebih dari tempoh 24 jam.

Untuk sediakan nasi goreng, pastikan pemanasan nasi tersebut adalah sekata seluruhnya. Ingat ya. Kalau nasi goreng tak habis, boleh di panaskan sekali sahaja tau !

Dipuji tak terbang, Dihina tak tumbang. Pasti bangkit!

Comments


EmoticonEmoticon