KENYATAAN MEDIA PTPTN: PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN AKIBAT PENULARAN COVID-19
1. PTPTN merujuk kepada kenyataan YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kanan - Menteri Pertahanan berkenaan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN pada hari ini, 19 Mac 2020.
2. Sehubungan itu, dengan penuh rasa prihatin Kerajaan bersetuju memberi penangguhan bayaran balik pinjaman kepada semua peminjam PTPTN berkuat kuasa serta-merta selama tiga (3) bulan sehingga 30 Jun 2020.
3. Penangguhan yang diberikan ini dijangka akan memberi manfaat dan membantu seramai hampir 1.5 juta peminjam PTPTN yang sepatutnya membuat bayaran balik pinjaman mereka, melibatkan jumlah kutipan bagi tempoh penangguhan ini sebanyak RM375 juta.
4. Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, peminjam boleh menghubungi PTPTN melalui talian Careline di 03 - 2193 3000 yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Maklumat lanjut juga boleh diperolehi melalui portal rasmi www.ptptn.gov.my.
5. PTPTN sentiasa prihatin dan peka serta mengambil berat terhadap kebajikan semua peminjam PTPTN.
Semoga makluman ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban rakyat. |
Kesimpulan dari Penangguhan Bayaran Balik PTPTN Akibat COVID-19
Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN akibat penularan COVID-19 bermaksud semua peminjam diberikan penangguhan membayar balik pinjaman dalam tempoh yang diluluskan dan semua peminjam akan diberikan penangguhan bayaran balik pinjaman.
Peminjam tidak perlu membuat permohonan. Penangguhan akan diberikan secara automatik. Manfaat daripada pengangguhan ini ialah dikecualikan daripada tindakan penguatkuasaan dan perundangan.
Direct Debit atau Potongan Gaji Macam mana?
Potongan gaji atau direct debit sedia ada juga ditangguhkan selaras dengan penangguhan bayaran balik yang diberikan kepada semua peminjam. Walau bagaimanapun, bagi peminjam yang ingin meneruskan potongan gaji/ direct debit, permohonan hendaklah dibuat melalui Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my/covid-19) mulai 23 Mac hingga 15 April 2020.
Sekiranya wabak COVID-19 masih belum pulih sepenuhnya PTPTN akan membuat semakan berhubung inisiatif penangguhan bayaran balik akan diteliti dari semasa ke semasa.
Buat masa ini permohonan pertukaran ujrah/ penstrukturan semula/ penjadualan semula/ penggabungan boleh dilakukan dalam tempoh penangguhan ini adalah tidak boleh dilakukan sehingga 30 Jun 2020
Info Lanjut boleh lihat di sini -> https://www.ptptn.gov.my/faq-bayaran-balik-side/faq-penangguhan-bayaran-balik-pinjaman-ptptn-akibat-penularan-covid-19