√ Jawapan 'Humble' Dari Pengarah Kesihatan Yang Diiktiraf Pengarah Terbaik - Adarain

Jawapan 'Humble' Dari Pengarah Kesihatan Yang Diiktiraf Pengarah Terbaik

Tak sangka jawapan dari Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia mengundang reaksi tanda hormat orang ramai terhadap beliau.

Masa sesi sidang media KKM tadi, ada satu soalan daripada media Harian Metro berbunyi lebih kurang

“Apa signifikan kepada Datuk dan KKM atas pengiktirafan sebagai 3 pengarah kesihatan terbaik dunia?”

Nak tahu apa jawapan beliau?

Jawapan 'Humble' Dari Pengarah Kesihatan


Sungguh humble dan down to the earth. Saya dengar pun rasa terharu. Dia jawab (lebih kurang),
“Sebenarnya pengiktirafan ini bukan untuk saya, tetapi lebih kepada NEGARA. Kami di KKM bergerak sebagai satu pasukan. Dan kami di KKM hanyalah memberikan nasihat sahaja, tetapi yang membuat keputusan dan melaksanakan adalah YAB Perdana Menteri Malaysia.”

Dan ayat seterusnya lebih kepada beliau memuji barisan keselamatan merangkumi polis dan tentera, semua pegawai kesihatan, barisan kementerian yang memberikan kerjasama dan rakyat Malaysia.

Dia LANGSUNG TAK ambil sebarang kredit di atas pengiktirafan ini. Dia lebih sandarkan pengiktirafan itu kepada rakyat, barisan hadapan, semua kementerian khususnya KKM, Perdana Menteri dan negara.

Jawapan 'Humble' Dari Pengarah Kesihatan Yang Diiktiraf Pengarah Terbaik
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dinamakan sebagai antara doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network (CGTN), berdasarkan kewibawaan beliau menangani krisis COVID-19.

Such a humble person. Di saat dia boleh mengangkat dirinya setinggi mungkin, namun dia tetap memilih untuk mengangkat orang dan pihak lain khususnya negara.

Moga kita dapat mencontohi peribadinya yang penuh rendah diri. Terima kasih KKM, bukan setakat menyelamatkan kami, bahkan mengajarkan kami untuk merendah diri.

Selain itu, diharap dengan peiktirafan yang sangat membanggakan ini menjadikan negara kita lebih bermotivasi serta cekap dalam menangani apa jua yang berkaitan kesihatan pada masa akan datang.

Get notifications from this blog