Pada tahun ini, Telegram berjaya mencapai 400 juta Pengguna Aktif berbanding tahun lepas iaitu 300 juta pengguna aktif.
sumber gambar dari Telegram.Org |
Kemaskini Feature Folder, Kuiz 2.0 dan Sticker
Selain itu, Telegram telah memberi nafas baru dengan mengemaskini feature yang agak menarik seperti Folder, cloud storage dan dekstop support menjadikan telegram lebih ideal dalam sesi kerja dan pembelajaran.Tambahan lagi, Telegram juga telah update sesi Kuiz 2.0 di mana pengguna dapat membuat kuiz dengan memberi penjelasan jawapan yang diberikan. Lebih kurang macam poll tapi di-upgarde kepada sesi kuiz ada soalan dan beberapa jawapan yang diberikan untuk pengguna menjawab dengan betul.
Sesi Kuiz dari telegram ini sangat ideal sebenarnya untuk sekolah rendah dan Menengah. Di mana sekolah boleh buat telegram channel khas untuk kuiz setiap subjek. Jadi memudahkan pelajar untuk melatih diri untuk menjawab soalan dengan lancar. Selain itu, memudahkan urusan pelajar menjawab soalan di peringkat lebih macam ujian pertengahan tahun, ujian akhir tahun dan sebagainya.
Untuk akhirnya, Telegram kini menambah lagi sticker-sticker yang menarik untuk pengguna. Kini Telegram mempunyai 20,000 sticker berkualiti tinggi sejak ia dilancarkan pada 5 tahun lepas iaitu 2015. Maka, rambang matala pengguna nak pilih sticker2x yang best nanti. hehe.
1 Comments
saya pun guna juga telegram ni. tapi tak aktif.