√ Dapat Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan - Adarain

Dapat Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan

Terkejut den ingat dalam peti surat dapatlah bil elektrik terkini sekali dapat kertas je macam flyers dari TNB. Kertas ini mengatakan yang TNB telah baca meter pada hari ini.

Dapat Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan
Flyers dari TNB

Intipati Flyers dari TNB

Anda akan menerima bil Bulan Julai 2020 dan penyata terperinci Bantian Prihatin Elektrik Tambahan yang akan dihantar melalui pos dalam tempoh tujuh hari. 

Sebagai pelanggan kediaman, anda akan menikmati manfaat Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan daripada kerajaan Malaysia. Butiran ini dapat dilihat di dalam bil anda. 

Anda boleh juga menggunakan myTNB app atau portal untuk mendapatkan bil terkini dan penyata tersebut selepas 48 jam. 
Pastu terus tengok bil eletrik terkini kat app myTNB. Bila check bil tu rasa lega terus sebab bulan ni tak payah bayar apa-apa pun. Kalau ikutkan kena bayar RM75.++ macam tu untuk bulan ni tapi disebabkan dapat bantuan maka-nya tak payah bayar pape. Kira total BPET semua gomen tanggung. Syukur. :D

Get notifications from this blog