Showing posts with label Catchthatbus. Show all posts
Showing posts with label Catchthatbus. Show all posts

Friday, 24 June 2016

Pengalaman Beli Tiket Bas Secara Online

Sekarang tengah dok fikir nak beli tiket balik kampung sempena raya nanti. Yang dah ada kereta tu senanglah sedikit takde pening sangat pasal tiket cuma pening bab minyak kenderaan je.

Cuma yang bab tiket ni takut satu je bila nak raya ni iaitu tiket habis. So, sebab tu kena beli tikeat awal siap2x, kalo beli last2x minit hye2x bye2x la jawabnya.

Beli tiket ni dah satu hal kena pergi kaunter pun satu hal gak. Kalau rasa macam tak ada masa sangat boleh lah beli tiket bas secara online.

Jangan tak tahu plak boleh beli tiket bas secara online tau..

Beli Tiket Bas Secara Online Di CatchThatBus.com

Salah satu laman web yang menyediakan jualan tiket secara online sama seperti harga tiket di kaunter iaitu Catchthatbus.com.

Cara Membeli Tiket Bas Online melalui App di Smartphone

Macam mana caranya, meh aku aku tunjuk cara2xnya.

1. Buka laman web http://www.catchthatbus.com/.

Pengalaman Beli Tiket Bas Secara Online

 2. Pilih Destinani yang hendak dituju. a) One Way Trip - Ni beli tiket untuk satu perjalanan sahaja. b) Return Trip - Ni beli tiket pergi dan balik. Kiranya ada 2 tiket untuk pulang ke kg dan balik semula.

3. Pilih Bas dan masa yang sesuai Korang pilihlah bas mana dan masa yang sesuai. Kalau macam gambar rajah dibawah hanya ada bas Transnasional sahaja jadi tak ada pilihan la nak pilih bas just kena pilih masa yang sesuai untuk bertolak kemudian klik SELECT.

httpwww.catchthatbus.com

4. Pilih Tempat duduk Dah pilih tempat duduk pastu comfirmkan tengok harga dan tempat destinasi betul terus klik NEXT

Pengalaman Beli Tiket Bas Secara Online

5. Isi tempat Kosong Isi tempat kosong NAMA, IC dan Jenis tiket kemudian klik PAY NOW

Pengalaman Beli Tiket Bas Secara Online (3)

6. Bayar Tiket Isi tempat kosong yg disediakan takpun senang connect je dengan Fb.Kemudian pilih sama ada nak buat bayaran melalui sama ada Credit/Debit Card, Online Banking, Paypal or Cash (coming soon). Dah pilih cara pembayaran terus PAY NOW. 

Kalau pilih Online banking, nanti ada tunjuk senarai bank yang disediakan TICK-kan dan terus PAY NOW. 

Pengalaman Beli Tiket Bas Secara Online (4)

Jadi korang bolehlah buat pembayaran.

Kalau tetiba korang dah buat pembayaran dan transation dah berjaya tapi laman web tak refresh pun or tak show tiket yang diberikan melalui email. Sebab ada pengalaman macam ni.

Jangan risau dan PANIK..

Gambar rajah di atas kalau korang perhatikan bucu bawah sekali belah kanan iaitu LEAVE MESSAGE. Jadi korang boleh ajukan masalah yang berlaku on the spot nanti akan ada yang jawab. Nak CALL pun boleh boleh tengok no telefon kat bucu atas sekali belah kanan sekali.

Tapi kalau tgh malam memang takkan ada yang jawablah. Make sure buat tempahan masa working Hours. Malam2x pun dia ada reply tapi kalau dah lewat malam macam pukul 12 malam ke mungkin tak reply kena tunggu besok baru tahu jawapannya macam mana.

Kalau dah dapat ticket melalui email boleh la korang print kemudian tunjuk kat kaunter nanti bila nak bertolak untuk ditukar kepada tiket sebenar nanti.

Kalau di TBS KL tak payah bawak kertas printer pun tak apa just tnjuk bukti pembelian app CatchtThatbus di hp korang.. Tapi kalau kat stesen bas biasa yang lain korang kena print kertas sebab itu dianggap tiket korang..