Showing posts with label macam mana nak beli tiket bas online. Show all posts
Showing posts with label macam mana nak beli tiket bas online. Show all posts

Friday, 24 June 2016

Pengalaman Beli Tiket Bas Secara Online

Sekarang tengah dok fikir nak beli tiket balik kampung sempena raya nanti. Yang dah ada kereta tu senanglah sedikit takde pening sangat pasal tiket cuma pening bab minyak kenderaan je.

Cuma yang bab tiket ni takut satu je bila nak raya ni iaitu tiket habis. So, sebab tu kena beli tikeat awal siap2x, kalo beli last2x minit hye2x bye2x la jawabnya.

Beli tiket ni dah satu hal kena pergi kaunter pun satu hal gak. Kalau rasa macam tak ada masa sangat boleh lah beli tiket bas secara online.

Jangan tak tahu plak boleh beli tiket bas secara online tau.. salah satu app yang popular adalah App TBS (Terminal Bersepadu Selatan) dan redBus. Ini antara app yang aku selalu guna.  

Pengalaman Beli Tiket Bas Secara Online
App tbs berwajah baru.

Cara Beli Tiket Bas Secara Online App TBS

1️⃣ Download Aplikasi Rasmi TBS

  • Buka Google Play Store atau Apple App Store
  • Cari: TBS - Terminal Bersepadu Selatan by TCT Apps Solution SDN. BHD.
  • Pastikan anda download aplikasi rasmi
(Alternatif: boleh juga beli melalui laman web rasmi TBS.[DISINI])

2️⃣ Daftar / Log Masuk Akaun

  • Buka aplikasi
  • Daftar akaun menggunakan email
  • Sahkan email (kalau diminta)
  • Log masuk ke dalam app

Tip: Simpan password supaya senang beli tiket lain kali.

3️⃣ Pilih Destinasi & Tarikh

Masukkan:

  • Lokasi berlepas (biasanya TBS)
  • Destinasi
  • Tarikh perjalanan
  • Bilangan penumpang
Tekan butang Search.

4️⃣ Pilih Syarikat Bas & Waktu

Akan keluar senarai:

  • Nama syarikat bas
  • Waktu bertolak
  • Harga tiket
  • Tempoh perjalanan
Pilih waktu yang sesuai dengan jadual anda.

5️⃣ Pilih Tempat Duduk

  • Pilih nombor seat yang masih kosong
  • Biasanya boleh nampak susun atur bas dalam app
  • Kalau nak duduk depan, pilih seat bahagian hadapan awal-awal.

6️⃣ Buat Pembayaran

Kaedah pembayaran biasanya:

  • Online banking (FPX)
  • Kad debit / kredit
  • E-wallet tertentu (bergantung promosi semasa)
Lepas bayar berjaya, anda akan terima:
  • E-tiket dalam app
  • Email pengesahan

7️⃣ Hari Perjalanan – Perlu Print Ke?

Tak perlu print. Cukup:

  • Tunjuk QR code dalam app.
  • Atau tunjuk e-tiket dari telefon
  • Scan QR code kat mesin scanner Code, 

Datang sekurang-kurangnya 30 minit awal untuk QR code dan elak kelam-kabut. QR code valid dalam masa 30 minit. Kalau awal sangat macam 1 jam awal masuk, dia tak valid lagi. Ini khas untuk Bangunan TBS sahaja. 

Kalau terminal lain tak perlu QR code. Ada terminal biasa dorang minta nama atau no tempat duduk atau no booking. Macam terminal Tangkak minta no booking untuk tukar kepada kertas fizikal ada caj. Sama kes macam terminal melaka..  ada kauner khas untuk tukar kepada tiket fizikal yang ada QR code. Jadi lain terminal lain SOP dorang.  

Tips Penting Sebelum Beli Tiket

✅ Beli awal waktu cuti sekolah / musim perayaan

✅ Double check tarikh sebelum bayar

✅ Simpan screenshot tiket sebagai backup

✅ Datang awal sebab TBS memang besar dan banyak No.Gate

Kelebihan Beli Tiket Online

✔ Tak perlu beratur

✔ Boleh pilih seat sendiri

✔ Mudah banding harga

✔ Ada rekod pembelian dalam app