Showing posts with label DG SmartPlan RM40/50. Show all posts
Showing posts with label DG SmartPlan RM40/50. Show all posts

Tuesday, 7 October 2014

DiGi SmartPlan Serendah RM40 Sahaja

Tawaran Menarik DiGi SmartPlan - RM40/Sebulan


DiGi sekarang menawarkan Postpaid or SmartPlan hanya serendah RM40/50 sebulan sahaja mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan. Tetapi korang perlu mengikat kontrak selama setahun untuk melanggan postpaid DiGi serendah RM40, kalau tidak mahu kontrak bersama DiGi SmartPlan, korang hanya perlu bayar RM50/sebulan. Beza harga cuma RM10 sahaja tetapi function/kelebihan tetap sama.


Kelebihan Postpaid DiGi RM40/RM50 Sebulan adalah seperti berikut:




  • Kouta Internet 2GB

  • Free 200 SMS (DG -DG)

  • Free Extra 100 mins + 100 SMS

  • Unlimited Whatsapp

  • 4G LTE


Boleh lihat DG Smartplan yang lain di laman web DiGi

[caption id="attachment_2930" align="aligncenter" width="525"]DiGi SmartPlan Serendah RM40 Sahaja Tawaran DG SmartPlan RM40/Sebulan[/caption]

Dulu Postpaid -> Prepaid -> Postpaid Lagi


Sebelum ini saya beli Smartphone melalui DiGi SmartPlan. Ini bermakna saya terpaksa menggunakan nombor baru dari Pakej Digi SmartPlan serta bayar RM88/sebulan di mana kouta internet pada masa itu 5GB. Kontrak 2 tahun dikenakan. So far, saya guna tiada masalah dengan line internet termasuk kawasan kg saya. Dari segi bayaran pula tidak pernah melebihi RM92.


Selepas 2 tahun habis kontrak, saya tukar kepada prepaid melihat keadaan agak 'sakit' untuk membayar RM88/sebulan. Beberapa bulan kemudian, saya ada terlihat DiGi menawarkan harga Smartplan Internet yang agak menarik dan rasa mampu untuk membayar setiap bulan dengan harga sebegitu iaitu RM40/sebulan. :D


Saya pula memang jarang telefon inikan lagi ber-SMS. Zaman sekarang, Telefon dan SMS lebih kepada Whatsapp/Telegram kerana kedua-dua tersebut menawarkan messenging serta voice note secara percuma.


Kouta 2GB sudah cukup bagi saya memandangkan office dan rumah sudah tersedia ada Internet. Keperluan ini perlu jika saya berada di luar dari rumah dan office nanti. Lainlah, kalau korang tidak ada internet di rumah dan office, bagi saya 2Gb sangat tidak cukup.



Cara bertukar dari Prepaid Ke DiGi SmartPlan


Cara tukar dari Prepaid ke Postpaid tidak ada masalah di mana hanya perlu bawa Kad Pengenalan dan tunggu 3 jam sahaja untuk pengaktifan SmartPlan RM40/sebulan di DiGi Store Centre yang berdekatan. No telefon DiGi masih kekal sama dan tidak perlu tukar kad Sim yang baru. Pendaftaran DiGi SmartPlan yang sangat memudahkan.


 Sekadar perkongsian bagi memudahkan korang untuk membuat pilihan. :D