Showing posts with label Digi. Show all posts
Showing posts with label Digi. Show all posts

Sunday, 15 October 2017

Plan Digi Mana yang Bagus dan Berbaloi?

Plan digi, ada yang berminat ke tukar telco lain ke telco Digi ke? Kenapa nak tukar ? Sama ada disebabkan line telco sekarang tak bagus atau mungkin boleh jadi service tak bagus.

Dan sekarang mana satu plan yang bagus untuk Digi ini..

Ada dua (2) plan sama ada korang nak guna Prepaid atau pun Postpaid..  So, kita comparekan kedua-duanya..


Plan Digi Mana yang Bagus dan Berbaloi?
Digi semakin banyak saingan dari segi langganan postpaid

Plan Digi Prepaid 

Untuk digi prepaid ada dua jenis yang ditawarkan iaitu Live dan Best. Apa bezanya Live dan Best?

Live - plan ini sesuai untuk korang yang suka dengar muzik atau video kat youtube. Free 10GB streaming video dan music antaranya adalah youtube, iflix, Spotify, Joox, smule, Astro Go dan Tonton. Serta Free 1,000 minit call dan 1,000 sms kepada 6 buddyz dimana 6 nombor akan disimpan menjadikan sebagai Buddyz di app Digi

Best -  plan ini pula sesuai untuk korang yang jenis call ke luar negara macam kat indonesia, Thailand, Vietnam, China dan banyak lagi serta suka main internet dengan kelajuan high speed. Contoh RM30 dapat main internet 5Gb sebulan kemudian unlimited social media macam instagram, facebook. Tapi tak adalah unlimited sangat sebabnya limit 500mb sehari kalau tak silap untuk media social.

Plan Digi Postpaid

Plan yang ditawarkan serendah harga RM50/sebulan dengan 10gb Sebulan (5gb setiap hari + 5gb Sabtu ahad), free 100 minit call, ada Plan RM80/sebulan (20GB), RM110/sebulan (25GB). Berubah setiap tahun pakej yang disediakan. 

Selain itu, Digi juga menawarkan plan Infinite dengan harga RM100/sebulan (capped 10mbps) dan RM150/sebulan dimana korang boleh main internet sepanjang masa tanpa memikirkan kouta yang akan habis sebabnya plan ini adalah unlimited internet, unlimited calls termasuk unlimited tagethering internet.

Plan mana yang korang rasa berbaloi?

Contoh kalau rumah dan office dah ada wifi better ambil plan Postpaid RM50/sebulan (10GB) atau prepaid internet RM30/sebulan (RM5GB). Senang kalau keluar nanti ada internet atau bercuti ke mana-mana ke.. mesti la kena ada internet nak google maps, whatsapp semua kan..

Ikut kemampuan masing-masing.. kalau tak ada wifi langsung kat umah dan line digi bagus kat area korang ambil plan Digi infinite sebabnya harga berbaloi dan unlimited internet

Yang paling penting coverage digi korang kena bagus..kebiasaan coverage digi kat bandar memang terbaik cuma kalau di kawasan pedalaman memang K.O habis.

Thursday, 25 May 2017

Cara Tukar Telco Lain Ke Digi Melalui Online

Cara Tukar Telco Lain Ke Digi - Pernah tak korang terfikir nak tukar telco lain yang lebih bagus dengan menawarkan tawaran yang menarik lagi2x berkenaan dengan harga yang ditawarkan untuk plan internet.

Dah lama terfikir sebenarnya nak tukar telco lain ke Digi. Aku ada 2 no. satu tu memang no Digi dan satu lagi tu no telco lain. Tengok prestasi Digi lagi better dari yang no yang kedua.. so fikir punya fikir terus tukar line ke Digi.

Cara Tukar Telco Lain Ke Digi Melalui Online
Sumber gambar dari google

Cara Tukar Telco Lain Ke Digi Melalui Online


Ada 2 cara kalau korang nak tukar line lain ke Digi..


Cara yang pertama korang just pergi Digi Store berdekatan korang untuk tukar line.. cara ini sangat pantas.. korang akan dapat sim kad.. Just korang tinggal tunggu SMS dari pihak telco lain untuk pengesahan untuk nyah aktifkan atau deactive telco sedia ada kepada Digi.

Cara yang kedua pula ialah melalui online web Digi. Khas untuk korang yang mungkin tidak ada masa, atau tempat  jauh dan jenis penyabar untuk tunggu beberapa hari boleh buat secara online.


Cara tukar line ke Digi Melalui Online



  1. Pergi ke web https://www.celcomdigi.com/switch-to-celcomdigi

  2. Cari Switch to Digi / Scroll ke bawah. Biasa ada panduan akan diberikan.

  3. Sekarang dah tukar nama celcomedigi, jadi korang boleh pilih sama ada nak postpaid atau prepaid dan pilih pakej yang korang berkenan. 

  4. Dah klik port in atau buy now, mana yang korang nak then nanti akan keluar satu form or borang just korang isi je borang tu dengan tepat maklumat korang iaitu IC, tarikh lahir, letakkan no telefon yang korang pakai sekarang.

  5. Terus proceed..then letaklah email korang untuk pengesahan nanti. Senang nak tahu kalau dapat resit pembayaran. Caj pembayaran hanya RM1

  6. Lengkapkan maklumat pembayaran semua. delivery tu sama ada nak pos ke rumah or office pun boleh.

  7. Dah lengkapkan maklumat dan buat payment semua kira dah settle. Boleh tengok resit pembayaran di email yang kita daftar tadi.

  8. Tinggal tunggu sim kad sampai je. Penghantaran by Gdex

Aku apply hari tu hari rabu malam, jumaat dah sampai sim kadnya. Dah sampai sim kad Digi jangan terus tukar sim kad...korang kena tunggu pengesahan melalui SMS dari telco lain untuk comfirmation sama ada korang nak bertukar ke telco lain atau tidak just reply YES.

Tunggu la masa yang disampaikan then korang terus tukar sim kad. :D

Dalam surat nanti digi ada bagi guide or cara2x tukar telco nanti.


Tukar Sim kad Digi Dengan Pantas Di Machine Layan Sendiri

Kat Alamanda ada satu mesin layan sendiri yang sangat memudahkan korang, tak yah lah pergi ke kaunter nak bayar bill or ganti sim kad yang hilang..just pergi ke kiosk or mesin layan sendiri, arahan yang diberikan pun senang faham. Nak bayar bill ke tukar simkad pun boleh. 

Kalau nak tukar sim kad yang hilang just masukkan ic korang, masukkan no hp korang dan tekapkan cap jari korang kat mesin untuk pengesahan. kalau berjaya nanti akan keluar sim kad baru.  Sangat mudah!.

Tuesday, 14 March 2017

Rewards Khas Untuk Pengguna Digi

Mungkin ada yang tahu and ada yang tak tahu bagi pengguna digi ada rewards. Untuk dapat rewards, pengguna kena install app Mydigi yang tersedia ada di Playstore untuk android.


Kat app tu nanti korang akan nampak bahagian khas rewards.


Rewards Khas Untuk Pengguna Digi


Ada macam2x rewards yang Digi tawarkan contoh RM0.99 untuk minuman tertentu kat tealive, RM0.99 untuk tiket wayang kat GSC, kupon untuk Lazada, Uber dan banyak lagi.


Contoh RM0.99 kat Tealive pun ada masa yang terhad untuk 1 hari sehingga akhir bulan April. 1 hari untuk 100 orang sahaja, so kena cepat2x seawal 9pg kena pacak kat kedai Tealive then korang klik reedem kat App Mydigi tunjuk kat kaunter. kalau petang korang baru nak redeem memang sold out la jawabnya means korang kena cuba esok hari baru boleh reedem..


Begitu juga dengan Code untuk Zalora or Lazada korang kena grab secepat yang mungkin sebab terhad untuk beberapa orang juga termasuk tiket wayang.


Make sure korang baca terma dan syarat yang telah dinyatakan.


Selain itu Digi rajin bagi Internet Free.. time valentine Day ari tu Digi Bagi free 1Gb internet dengan reedem aiskrim kat MCD

Boleh tengok tutorial kat [DISINI]

 

Thursday, 13 October 2016

Postpaid Plan Digi Terbaru

Postpaid Plan Digi - DiGi kini telah menawarkan Pelan Postpaid yang terbaru bermula 12 Oktober 2016 dan boleh dikatakan agak berbaloi. Boleh lihat gambar dibawah.

Postpaid Plan Digi Terbaru Yang Terhad


Dari gambar tersebut korang akan dapat lihat postpaid plan digi serendah RM50/sebulan sehinggalah yang tertinggi iaitu RM110/sebulan. Tapi korang kena tengok betul2x.


Untuk plan RM50/sebulan sebagai contohnya menawarkan 10GB sebulan dengan tawaran 100 minit call percuma kepada semua networks. Hakikatnya, 10gb tu dipecah kepada 2 iaitu 5gb untuk sebulan internet dan 5gb lagi boleh digunakan pada hari weekend untuk 4G networks sahaja (Sabtu 12 a.m dan ahad 11.59 p.m). Means, dapat beli 5gb dapat free 5gb untuk weekend sahaja total 10gb.


Berita baiknya ialah tiada kontrak yang dikenakan untuk plan postpaid terbaru ini dan disahkan oleh fb Digi sendiri apabila saya bertanyakan sendiri sama ada kontrak ataupun tidak. Juga boleh rollover Gb yang tak digunakan bulan sebelum ni kepada bulan hadapan. Kouta 4G Weekend tak ada rollover.


So, sesiapa yang sekarang masih tercari2x plan yang sesuai dengan kemampuan dan coverage boleh la try plan postpaid terbaru dari DiGi. Nak plan postpaid terbaru ni boleh dilakukan tanpa menukar no hp walaupun berlainan telco :D


Boleh rujuk [DISINI]. Promosi terhad.



Ringkasan Postpaid Plan Digi Terbaru


DIGI 50 10GB SBLN

  • Bulanan RM53 termasuk GST

  • 10GB SEBULAN TERBAHAGI KEPADA: 5Gb sebulan untuk kegunaan isnin - jumaat setiap minggu, 5GB sebulan untuk Sabtu ahad setiap minggu

  • 100 minit call ke SEMUA RANGKAIAN

  • FREE 100 SMS Ke Semua Rangkaian

  • iflix FREE ACCESS 60 HARI

  • 18 TAHUN KE ATAS LAYAK APPLY

  • TIADA KONTRAK


DIGI 80 20GB SBLN

  • Bulanan 84.80 termasuk GST

  • 20GB SEBULAN TERBAHAGI KEPADA : 10Gb sebulan untuk kegunaan isnin - jumaat setiap minggu,
    10GB sebulan untuk Sabtu ahad setiap minggu

  • UNLIMITED CALL TO ALL NETWORK

  • FREE 300 SMS KE SEMUA RANGKAIAN

  • 18 TAHUN KE ATAS LAYAK APPLY

  • TIADA KONTRAK

  • iflix FREE ACCESS 60 HARI


DIGI 110 40GB SBLN

  • Bulanan 116.60 termasuk GST

  • 40GB SEBULAN TERBAHAGI KEPADA: 20Gb sebulan untuk kegunaan isnin - jumaat setiap minggu, 20GB sebulan untuk Sabtu ahad setiap minggu

  • UNLIMITED CALL TO ALL NETWORK

  • FREE 1000 SMS KE SEMUA RANGKAIAN

  • 18 TAHUN KE ATAS LAYAK APPLY

  • TIADA KONTRAK

  • iflix FREE ACCESS 60 HARI

Saturday, 31 October 2015

4G LTE Digi Semakin Meluas

Tak tahu sebenarnya nak tulis apa dan kebetulan ada idea nak menulis tu ada jadi saya share sedikitlah pengalaman saya bersama Digi.




Post ni bukan Post berbayar tapi sekadar perkongsian dengan pembaca tentang pengalaman saya sebagai pengguna Digi.



Sebenarnya tak pernah terfikir untuk tukar Digi dan masa ketika tu saya nak beli Note 1 kemudian kebetulan masa tu Digi ada buat jualan murah Note 1 dengan syarat pakai No Digi.


Masa tu mak yang belikan maka dari penguna C terus jadi pengguna Digi sehinggalah sekarang.


Dan sampai sekarang saya masih menggunakan Postpaid berbanding Prepaid walaupun dah habis kontrak.


Saya ambil Package postpaid RM45/3GB. Okla tu kira berbaloi gak, office dan rumah pun dah ada Wifi.


Service DiGi pun ok. Line kat kg saya dan tempat kerja saya di Bangi pun bagus dan kuat siap dapat line 4G. Itu yang best sebab laju. So far ok. Tak terfikir lagi nak tukar kepada perkhidmatan lain.


Digi 4G LTE



Kelebihan 4G LTE


4G LTE adalah teknologi jaringan internet yang pantas dengan generasi ke-empat Internet Protocol (IP) yang melakukan proses transfer data jadi lebih cepat dan stabil.




  • Kelajuan internet secara konsisten 5Mbps dan 80% meningkat setiap masa. Kelajuan mengikut keadaan dan boleh meningkat 3 kali ganda kelajuan internet.

  • Mendapat liputan di seluruh negara di semua bandar dan bandar utama

  • Penduduk yang menerima liputan 4G LTE di seluruh negara meningkat sebanyak 50%

  • Mendapat liputan Internet secara meluas lebih daripada 100,000 orang setiap minggu.

  • 4G LTE pesat berkembang berbanding pada tahun 2014.


Betul ke Data 4G LTE cepat makan data?

Sebenarnya bergantung pada penggunaan pengguna ketika melayari internet. Kalau selalu guna makin banyak makan data lagi2x kat Youtube.


Terbaru, Digi 4G LTE kini berada di Papar, Sabah, Miri, Sarawak, P.Dickson, Negeri Sembilan, Tampoi, Johor. Dapat tahu maklumat ni pun berdasarkan mesej yang dihantar oleh pihak DiGi.




[caption id="attachment_4840" align="aligncenter" width="700"]Kawasan yang mendapat liputan 4G DiGi suber gambar dari DiGi. Biru pekat ialah kawasan yang mendapat liputan 4G, Biru cair adalah 3G dan kuning adalah 2G[/caption]

Lain orang lain pengalamannya dengan perkhidmatan DiGi ni. Tak semua mengalami perkhidmatan komunikasi yang terbaik. Semua bergantung kepada korang mana satu yang baik lagi2x line internet di tempat korang. :D


Tuesday, 7 October 2014

DiGi SmartPlan Serendah RM40 Sahaja

Tawaran Menarik DiGi SmartPlan - RM40/Sebulan


DiGi sekarang menawarkan Postpaid or SmartPlan hanya serendah RM40/50 sebulan sahaja mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan. Tetapi korang perlu mengikat kontrak selama setahun untuk melanggan postpaid DiGi serendah RM40, kalau tidak mahu kontrak bersama DiGi SmartPlan, korang hanya perlu bayar RM50/sebulan. Beza harga cuma RM10 sahaja tetapi function/kelebihan tetap sama.


Kelebihan Postpaid DiGi RM40/RM50 Sebulan adalah seperti berikut:




  • Kouta Internet 2GB

  • Free 200 SMS (DG -DG)

  • Free Extra 100 mins + 100 SMS

  • Unlimited Whatsapp

  • 4G LTE


Boleh lihat DG Smartplan yang lain di laman web DiGi

[caption id="attachment_2930" align="aligncenter" width="525"]DiGi SmartPlan Serendah RM40 Sahaja Tawaran DG SmartPlan RM40/Sebulan[/caption]

Dulu Postpaid -> Prepaid -> Postpaid Lagi


Sebelum ini saya beli Smartphone melalui DiGi SmartPlan. Ini bermakna saya terpaksa menggunakan nombor baru dari Pakej Digi SmartPlan serta bayar RM88/sebulan di mana kouta internet pada masa itu 5GB. Kontrak 2 tahun dikenakan. So far, saya guna tiada masalah dengan line internet termasuk kawasan kg saya. Dari segi bayaran pula tidak pernah melebihi RM92.


Selepas 2 tahun habis kontrak, saya tukar kepada prepaid melihat keadaan agak 'sakit' untuk membayar RM88/sebulan. Beberapa bulan kemudian, saya ada terlihat DiGi menawarkan harga Smartplan Internet yang agak menarik dan rasa mampu untuk membayar setiap bulan dengan harga sebegitu iaitu RM40/sebulan. :D


Saya pula memang jarang telefon inikan lagi ber-SMS. Zaman sekarang, Telefon dan SMS lebih kepada Whatsapp/Telegram kerana kedua-dua tersebut menawarkan messenging serta voice note secara percuma.


Kouta 2GB sudah cukup bagi saya memandangkan office dan rumah sudah tersedia ada Internet. Keperluan ini perlu jika saya berada di luar dari rumah dan office nanti. Lainlah, kalau korang tidak ada internet di rumah dan office, bagi saya 2Gb sangat tidak cukup.



Cara bertukar dari Prepaid Ke DiGi SmartPlan


Cara tukar dari Prepaid ke Postpaid tidak ada masalah di mana hanya perlu bawa Kad Pengenalan dan tunggu 3 jam sahaja untuk pengaktifan SmartPlan RM40/sebulan di DiGi Store Centre yang berdekatan. No telefon DiGi masih kekal sama dan tidak perlu tukar kad Sim yang baru. Pendaftaran DiGi SmartPlan yang sangat memudahkan.


 Sekadar perkongsian bagi memudahkan korang untuk membuat pilihan. :D