Showing posts with label KRU Studios. Show all posts
Showing posts with label KRU Studios. Show all posts

Saturday, 21 September 2013

Filem Vikingdom Tidak Setaraf Hollywood

Baru berkesempatan menonton filem Vikingdom di GSC, Aeon Bandar Melaka. Tertarik untuk menonton filem ini kerana dikatakan termahal di Malaysia selepas Filem Puteri Gunung Ledang iaitu kira-kira hampir RM20 juta.

[caption id="attachment_706" align="aligncenter" width="532"]Filem Vikingdom Sumber dari google.com[/caption]

Sinopsis Filem Vikingdom


Filem ini berdurasi 1 jam 53 minit mengisahkan di mana Eirick dari Jomberg cuba untuk menumpaskan Dewa Thor kerana cuba untuk membuka Syurga dan Neraka yang pasti memusnahkan bumi. Eirick dikejutkan bahawa Dewa Thor merupakan ayah yang sebenarnya. Bagi menumpaskan Thor, Eirick bersama rakan-rakan seperjuangan perlu mendapatkan Tanduk dan perlu bersiul pada tanduk tersebut bagi menumpaskan Thor. Adakah Eirick bersama-sama rakannya  berjaya menumpaskan Thor?  Jawapannya pergilah tengok sendiri.

Ulasan Untuk Filem Vikingdom


Secara jujurnya aku tidak mengharap filem ini setanding dengan filem hollywood atau nak senang faham tidak terlalu expect terlalu tinggi dalam filem Vikingdom ini.

Filem mitos vikingdom memang jarang pengarah Malaysia buat. Tetapi aku kurang gemar bila ada elemen agama kristian dengan kepercayaan yang tak masuk akal. Macam kepercayaah Yunani pun ada, Dewa ada anak. Seperti filem mitos yang lain macam The Percy Jackson.

Sedangkan pengarah kita Yusri A.Halim merupakan seorang yang beragama Islam. Tidak manis memaparkan filem berbentuk sebegini.

Jiwa tak sampai. aku tengok macam ada yang tak kena, ada sebahagian babak memang tak sampai kat jiwa aku. Tapi ada satu babak tu memang menakutkan sikit di mana Eirick cuba mendapatkan tanduk tapi dihalang oleh orang yang seperti zombi. Yang lain macam tak sampai dan serba tak kena. Kira macam ni, babak tu sedih tapi macam tak sedih, tengok babak ni buat lawak tapi macam tak lawak.

Yelah, mungkin aku ni peminat tegar filem hollywood seperti The Hobbit, The Lord Of the Ring, Thor, Harry Potter. Itu yang macam lain bila tengok filem vikingdom arahan orang melayu.

Asal filem perang je mesti diselitkan unsur seks. Filem vikingdom pun tak terkecuali. Kalau tak ada unsur seks memang tak sah ke? Memang tak boleh nak lari benda macam ni. Mohon pengarah lepas ni cuba elakkan.

Berikut adalah Ulasan dari Ali Abu.
1] Buang masa dan duit.

2] Plot mcm gampang. Plot babak antara babak sangat lemah. Mcm Yusry baru belajar jadi pengarah.

3] Film ni Cpmform tahyul tapi crita ni bagi kredit percuma kepada agama Kristian padahal Yusry mengaku muslim. Dewa-dewa org Viking termasuk Thor jeles dgn kehadiran agama baru iaitu Kristian ke rantau Nordik. Thor, smpi sanggup jadi manusia semata-mata nak halang dakwah Kristian. Patut la Yusry bagi statement coverline kepada Surat Khabar Sinar Harian yg bahawa KRU Studios nak bikin film peperangan pasal Islam pulak selepas ini. Lantak kau la labu.

4] Kebanyakan pelakon utamo ey kaku. Mcm baru belajar berlakon. Pelakon yang jadi cina tu mmg out la dari segi lakonan. Harap pandai berkungfu jek. Pelakon utama, iaitu Bloodletter harap tunjuk badan sasa & harap tuah dia ni pelakon Hollywood yor. Tapi pelakon Hollywood taraf B je. Lakonan Byranna boleh la dipuji sikit. Nampak la kesungguhannya nak menghayati wataknya sebagai Byranna. Cumo tak logik la bilo dio tak sejuk menggigil dgn sentiasa berpakaian seksi iaitu hanya memakai bra & seluar pnjg kotat dan boleh pulak selamba berjalan tongah salji. Mmg mangkuk la sapo yg mengaku mengarah film nih.

5] Sound film ni sgt kuat dan tak kena dengan plot. Boleh pecah gogandang telingo woi.

6] Jgn boli DVD cetak rompak. Pasal tak berbaloi pun tgk film KRU nih.

7] Suntingan film ni pun out. Ke laut. Langsung tak setanding dgn film barat.

8] Bab aksi atau bab pukul-memukul boleh la tahan. Cemerlang lagi film KL Gangster 2.

9] Antara film Vikingdom dgn film KL Gangster 2, elok lagi tgk film KL Gangster 2 wlpn kedua-dua film tersebut bertaraf sampah. Satu sampah bernilaiRM4.5 juta dan satu lagi sampah bernilai RM20 juta.

 

Untuk akhirnya, Filem ini belum boleh lagi setaraf filem Hollywood masih lagi di tahap filem 'Malaysia' lagi. Itu pun ada juga U.S yang tertarik dengan filem ni. Ok la kot.  Satu perkara yang aku suka dengan KRU ni adalah mereka berani mencipta satu kelainan dari filem-filem Malaysia yang lain serta sanggup mengorbankan berjuta-juta ringgit untuk sesebuah filem.