Showing posts with label Telegram Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Telegram Malaysia. Show all posts

Saturday, 21 January 2017

Telegram Mesengger Telah Diblock Oleh Cina

Wesbite The Guardian baru-baru ini telah menerbitkan artikel tentang WhatsApp yang membolehkan pengintipan kepada mesej yang telah disulitkan. Beberapa orang telah bertanya kepada Durov yg merupakan pengasas Telegram, sama ada Telegram juga boleh terjadi pada whatsapp yang senang diintip mesej yang telah disulitkan.

Telegram Mesengger Telah Diblock Oleh Cina
sekadar gambar hiasan
Jawapan Durov ialah TIDAK.

Berikut adalah ulasan dari pengasas Telegram sendiri berkenaan dengan Negara Cina mengambil tindakan block Telegram messenger yang mempunyai sekuriti yang tinggi tetapi dalam pada masa yang sama tidak block Whatsapp messenger.

Alasan cina untuk blok telegram kerana telegram membantu peguam hak asasi manusia. katanya mereka mengguna 'secret-chat' untuk terlibat dalam "serangan ke atas Parti [Komunis] dan kerajaan. Info lanjut boleh baca kat [SINI]

Secret chat kalau sesiapa yang guna Telegram mesti tahu fungsi ini boleh ditetapkan masa dan apabila masa yang telah ditetapkan sudah sampai, mesej tersebut akan hilang serta merta. Contoh, masa ditetapkan masa 5 minit je, so dalam 5 minit je mesej tu ada, lepas dari 5 minit tu mesej tu akan hilang.

WhatsApp boleh menghantar mesej peribadi anda ke China


Sejak tahun lepas, WhatsApp menjanjikan penyulitan end-to-end untuk semua mesej yang dihantar menggunakan aplikasi mereka. Tetapi Whatsapp telah pun melanggar janji ini dengan memaksa pengguna dengan pihak ketiga tanpa enkrip.

WhatsApp boleh mengawal perubahan utama dan menghantar semula mesej menggunakan kunci baru, walaupun pengguna tidak memintanya. Hasilnya, WhatsApp boleh mendapatkan transkrip keseluruhan perbualan tanpa menghantar sebarang notification kepada pengguna.

A post-factum notification will be sent only if you went to Settings – Account – Security and enabled 'Security notifications' in the past.

padahal, WhatsApp mendakwa ini dalam setiap chat:
"Messages you send to this chat are now secured with end-to-end encryption, which means WhatsApp and third parties can't read them."

This claim is a lie.

Lihat Bagaimana WhatsApp Respond ?

WhatsApp's official response was that the backdoor is a "design decision" and that WhatsApp "offers people security notifications to alert them to potential security risks." They did not mention that these "security notifications" are turned off by default, and are well hidden in Settings.

Meanwhile, the WhatsApp FAQ actually discourages you from looking:

"Only you and the person you're communicating with can read what is sent, and nobody in between, not even WhatsApp. [...] All of this happens automatically: no need to turn on settings or set up special secret chats to secure your messages."

This claim is also a lie.
Boleh rujuk sumber [DISINI]

Sunday, 21 February 2016

Sticker Telegram Menarik Untuk Pengguna Telegram

Selain emoji yang ada pada Telegram, keistimewaan pada Telegram ialah mempunyai tambahan Sticker yang menarik untuk dikongsi bersama rakan-rakan lain bagi memeriahkan suasana chat dalam Telegram.

Sticker Telegram Menarik Untuk Pengguna Telegram
sekadar gambar hiasan

Ini adalah salah satu kelebihan yang ada pada Telegram berbanding Whatsapp. Walaupun mempunyai sticker yang banyak pada telegram still tidak akan menjejaskan smooth dan kelajuan pada app Telegram.

Lagi satu, pengguna boleh mengubah kedudukan sticker yang disukai menjadi utama kemudian jika klik pada emoji biasa akan keluar preview sticker yang sama dengan emoji yang memudahkan pengguna untuk  sama ada memilih emoji biasa ataupun sticker mana yang menarik.

Mana nak cari Sticker Telegram yang Menarik ?


Ada banyak pilihan Sticker menarik untuk Telegram. Kebanyakkan sticker adalah sticker yang dibuat sendiri oleh pengguna Telegram untuk dikongsi bersama pengguna telegram yang lain. Boleh lihat [DISINI]Ada banyak Sticker yang disediakan untuk pengguna telegram

Pilihan Sticker Telegram :


  1. https://telegram.me/addstickers/Cat_line
  2. https://telegram.me/addstickers/BruceLeeStickers
  3. https://telegram.me/addstickers/facebook
  4. https://telegram.me/addstickers/AAbim
  5. https://telegram.me/addstickers/FunnyBoy
  6. https://telegram.me/addstickers/cat_Persik

Cara senang sahaja kalau nak add sticker kat telegram just klik sahaja link di atas kemudia klik sahaja add Sticker di Telegram. :D

Kalau nak lihat Sticker yang telah di tambah ada disebelah # (hashtag). Kemudian, kalau nak buang sticker, ye la macam bosan dengan sticker boleh pergi di bahagian SETTING kemudian cari bahagian STICKER kemudian pilih sticker yang hendak di buang dan klik REMOVE. 

Selesai Selamat mencuba. :D

Tuesday, 20 October 2015

Telegram Channel Dengan Tiada Limit Keahlian

Telegram tidak perlu diperkenalkan lagi kerana sudah sebaris dengan Whatsapp yang semakin popular dikalangan pengguna media sosial masa kini.

Baru-baru ini, Telegram telah memperkenalkan satu feature menarik yang dipanggil Channel atau lebih dikenali sebagai broadcast oleh Whatsapp.

Ini merupakan salah satu broadcasting baru yang telah diperkenalkan oleh Telegram untuk menghantar mesej kepada ahli yang lebih banyak.

Telegram Channel Dengan Tiada Limit Keahlian
Telegram channel yang semakin popular digunakan. 

Kelebihan Telegram Channel :


  1. Keahlian dalam Channel tiada had limit.

  2. Admin boleh create Channel sama ada secara private atau Public 

  3. Wujud link url invite yang memudahkan ahli untuk join channel.

  4. Ahli yang masuk ke dalam channel akan dapat lihat ke semua post yang telah dipostkan dari awal hingga paling latest oleh admin channel.

  5. Hanya admin sahaja yang boleh post dalam Channel.

  6. Admin boleh melantik ahli yang lain dalam Channel untuk melantik admin yang kedua dan seterusnya.

  7. Ahli hanya mampu melihat post terkini dari admin tanpa reply.

  8. Pilihan telah diberikan sama ada mahu mute atau unmute apabila post yang telah di-update oleh admin.

  9. Sekiranya admin delete post tertentu dalam channel maka post tersebut juga akan terdelete dengan sendirinya oleh ahli-ahli yang lain.

  10. Setiap post yang di-update oleh admin, boleh dilihat berapa banyak views yang melihat mesej tersebut.

Itulah beberapa kelebihan yang ada pada Telegram Channel yang dilihat lebih menarik berbanding messaging yang lain.

Pengunaan Telegram Channel pun semakin meluas apabila beberapa page popular Malaysia mula menggunakan Telegram Channel bagi menyampaikan maklumat kepada ahli-ahli yang lain.

Antara Channel yang popular digunakan ialah :

Boleh lihat [DISINI] untuk lihat channel yang lain.

Boleh klik nama channel di atas dan secara automatik akan dibawa ke dalam channel. Hanya klik sahaja join untuk menyertai channel. Apabila selesai sahaja klik join channel secara automatik akan mendapat perkembangan terkini dalam channel dari awal sehingga yang terkini.

Beza antara Channel dan Group Telegram


Yang membezakan antara Channel dengan Group Telegram adalah dari segi had limit ahli dan reply. Group Telegram terhad kepada 5000 ahli dan boleh reply sesama ahli manakala Channel unlimited ahli dan ahli tidak boleh menghantar mesej apatah lagi reply dalam channel.

Beza Public dan Private Channel adalah:


  1. Public - Channel mudah dijumpai dalam search telegram yang boleh mencari keseluruhannya tanpa terhad pada contact sahaja.

  2. Private - Channel ini hanya akan dijumpai sekiranya admin memberikan Link invite untuk ahli tertentu.