Showing posts with label channel telegram. Show all posts
Showing posts with label channel telegram. Show all posts

Tuesday, 20 October 2015

Telegram Channel Dengan Tiada Limit Keahlian

Telegram tidak perlu diperkenalkan lagi kerana sudah sebaris dengan Whatsapp yang semakin popular dikalangan pengguna media sosial masa kini.

Baru-baru ini, Telegram telah memperkenalkan satu feature menarik yang dipanggil Channel atau lebih dikenali sebagai broadcast oleh Whatsapp.

Ini merupakan salah satu broadcasting baru yang telah diperkenalkan oleh Telegram untuk menghantar mesej kepada ahli yang lebih banyak.

Telegram Channel Dengan Tiada Limit Keahlian
Telegram channel yang semakin popular digunakan. 

Kelebihan Telegram Channel :


  1. Keahlian dalam Channel tiada had limit.

  2. Admin boleh create Channel sama ada secara private atau Public 

  3. Wujud link url invite yang memudahkan ahli untuk join channel.

  4. Ahli yang masuk ke dalam channel akan dapat lihat ke semua post yang telah dipostkan dari awal hingga paling latest oleh admin channel.

  5. Hanya admin sahaja yang boleh post dalam Channel.

  6. Admin boleh melantik ahli yang lain dalam Channel untuk melantik admin yang kedua dan seterusnya.

  7. Ahli hanya mampu melihat post terkini dari admin tanpa reply.

  8. Pilihan telah diberikan sama ada mahu mute atau unmute apabila post yang telah di-update oleh admin.

  9. Sekiranya admin delete post tertentu dalam channel maka post tersebut juga akan terdelete dengan sendirinya oleh ahli-ahli yang lain.

  10. Setiap post yang di-update oleh admin, boleh dilihat berapa banyak views yang melihat mesej tersebut.

Itulah beberapa kelebihan yang ada pada Telegram Channel yang dilihat lebih menarik berbanding messaging yang lain.

Pengunaan Telegram Channel pun semakin meluas apabila beberapa page popular Malaysia mula menggunakan Telegram Channel bagi menyampaikan maklumat kepada ahli-ahli yang lain.

Antara Channel yang popular digunakan ialah :

Boleh lihat [DISINI] untuk lihat channel yang lain.

Boleh klik nama channel di atas dan secara automatik akan dibawa ke dalam channel. Hanya klik sahaja join untuk menyertai channel. Apabila selesai sahaja klik join channel secara automatik akan mendapat perkembangan terkini dalam channel dari awal sehingga yang terkini.

Beza antara Channel dan Group Telegram


Yang membezakan antara Channel dengan Group Telegram adalah dari segi had limit ahli dan reply. Group Telegram terhad kepada 5000 ahli dan boleh reply sesama ahli manakala Channel unlimited ahli dan ahli tidak boleh menghantar mesej apatah lagi reply dalam channel.

Beza Public dan Private Channel adalah:


  1. Public - Channel mudah dijumpai dalam search telegram yang boleh mencari keseluruhannya tanpa terhad pada contact sahaja.

  2. Private - Channel ini hanya akan dijumpai sekiranya admin memberikan Link invite untuk ahli tertentu.