Showing posts with label puasa sunat. Show all posts
Showing posts with label puasa sunat. Show all posts

Monday, 5 May 2014

Jenis Puasa Yang Perlu Diketahui

Tidak beberapa lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Puasa di bulan Ramadhan adalah perkara wajib yang dilakukan bagi umat Islam seluruh dunia yang telah diperintahkan oleh ALLAH S.W.T. Di samping itu, saya ingin memberikan sedikit informasi kepada pembaca untuk mengenali jenis - jenis puasa iaitu puasa wajib, puasa haram, puasa sunat dan puasa makruh.

Jenis Puasa Yang Perlu Diketahui
sekadar gambar hiasan

Maksud Sebenar Puasa


Dari segi bahasa: Menahan diri daripada sesuatu
Dari segi Syarak: Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari yang dimulakan dengan niat berpuasa kerana mengharapkan keredaan ALLAH S.W.T

Puasa boleh dilakukan bagi mereka yang beragama Islam, baligh, berakal, sihat tubuh badan, bermukim dan suci dari segala haid dan nifas bagi wanita.

Jenis - Jenis Puasa

Puasa Wajib


  • Berpuasa pada bulan Ramadhan

  • Puasa nazar - Sekiranya dalam nazarnya adalah puasa dan termakbul sesuatu hajat seperti berjaya dalam peperiksaan wajib berpuasa

  • Puasa Kaffarah - Membayar denda kerana melanggar syarat-syarat berpuasa seperti bersetubuh dengan isteri pada waktu siang pada bulan Ramadhan. Puasa yang dikenakan ialah selama 60 hari berturut-turut.

Puasa Haram


  • Hari Raya Aidilfitri - 1 Syawal

  • Hari Raya Aidiladha - 10 Zulhijjah

  • Hari Tasyriq - Tiga hari (11, 12 dan 13 Zulhijjah)

  • Hari Syak - Hari yang diragui antara 30 syaaban atau sudah masuk 1 Ramadhan.

Puasa Sunat


  • Puasa enam hari pada bulan Syawal selepas aidilfitri. Lebih afdal puasa secara berturut-turut.

  • Hari Isnin dan Khamis setiap minggu.

  • Hari Asyura - 10 Muharram

  • Puasa 9 Zulhijjah - Sempena wuquf di Arafah bagi mereka yang tidak mengerjakan haji pada tahun itu.

  • Puasa hari 13, 14, dan 15 setiap bulan.

  • Puasa hari 28, 29 dan 30 setiap bulan.

  • Puasa Nisfu Syaaban - 15 syaaban.

Puasa sunat bagi isteri perlu meminta keizinan daripada suami. Tambahan lagi, kalau ada rakan-rakan yang ajak makan bersama maka seboleh-bolehnya terimalah ajakan tersebut untuk makan bersama, ini bermakna batalkan puasa sunat tersebut. Ini kerana menjaga hati kawan adalah penting. Puasa sunat jikalau dibatalkan tidak mendatangkan dosa.

Puasa Makruh


  • Puasa hari jumaat secara berasingan - Contoh tidak didahului oleh puasa hari khamis sebelumnya atau sabtu sesudahnya.

  • Puasa 15 sehingga 30 syaaban bagi bukan qada atau puasa sunat yang tidak pernah dilakukan sebelum 15 syaaban dan tiba-tiba sampai 15, 16, 17 dan seterusnya ia inging berpuasa sunat.

  • Berpuasa secara terus menerus sepanjang tahun.

Semoga dapat dimanfaatkan bersama.