Showing posts with label viral. Show all posts
Showing posts with label viral. Show all posts

Saturday, 7 December 2024

Hikmah Tular Penjual Es Teh Indonesia Dihina Pendakwah

Lelaki ini namanya Sunhaji. Beliau ni yatim piatu sejak kecil lagi. Dari kecil, hidupnya susah.

Sekarang beliau menumpang di rumah mertua yang kecil dan sempit. Meski pun begitu, dia seorang yang ringan tulang, rajin dan peramah.

Tular Penjual Es Teh Indonesia Dihina Pendakwah Terkenal
Terus maju semangat walau dihina

Beliau juga sering menjadi bilal di masjid dan kerap mengikuti ceramah agama sambil menjual teh ais.

Masa kejadian dia dimalukan, sebenarnya Subhaji tengah mencari duit untuk isi minyak pulang ke rumah.

Malam tersebut dia berjaya menjual 7 gelas teh ais berharga 35,000 rupiah = RM8.30 sahaja. 15000 rph digunakan untuk isi minyak, 20,000 rph (RM5.50) lagi dibawa pulang untuk belanja dua anaknya. 

Tular Penjual Es Teh Indonesia Dihina Pendakwah Terkenal
tetap tersenyum meskipun dihina

Selepas video beliau dimalukan viral, orang ramai memenuhi perkarangan rumah mertuanya untuk memberi bantuan dan sokongan. Berikut antara sumbangan yang beliau dapat :

1. Seorang influencer, Willie Salim memberi 100 juta rupiah (RM28k) cash! Ustaz Adi Hidayat pula memberi 50 juta rupiah. Dr Richard Lee dan Ustaz Salim Fillah berjanji akan membiayai pengajian anak-anak beliau sampai tamat. 

2. Selain itu, ada individu dengan nama Bang Senja mengirim gift Tiktok bernilai 300 juta rupiah melalui Tiktok Rian Ariffin.

3. Ustaz Muhammad Fakhrurazzi pula akan membawa Subanji dan isteri menunaikan umrah Ramadan nanti.

4. Masjid Nurul Ashri akan membina sebuah rumah untuk beliau dan keluarga. Kos dijangka menelan belanja sekitar 300 juta rupiah.

5. Partai Gerinda menyediakan bantuan modal untuk beliau berniaga.

6. Bantuan dari pelbagai pihak sekitar 200 juta rupiah lagi.

Beliau pernah dihina oleh orang agama yang ada pengaruh besar. Dan beliau cuma tersenyum dan diam sahaja.

Begitu tinggi kesabaran yang ditunjukkan. Dan akhirnya, kesabaran itu dibalas berkali-kali ganda.

Satu perkara yang tak pernah beliau terfikir, bahkan mustahil untuk dapat rumah percuma, ditaja umrah dan mendapat durian runtuh beratus-ratus juta rupiah dalam masa 2 hari sahaja.

Mustahil bagi akal kita. Namun semuanya mudah bagi Allah taala.

Rezeki orang sabar sesungguhnya maha hebat. Itu baru di dunia, belum lagi di akhirat.

Begitulah.

kredit : Mohd Fadli Salleh

Selagi tidak kena pada diri sendiri. Kepayahan orang lain bukan sesuatu yang boleh dijadikan bahan lawak atau jenaka. Walaupun sudah memaafkan tetapi parut dari ditertawakan dan dimalukan dikhalayak itu tetap terkesan sampai bila-bila. Berhati-hatilah. Tidak semua perkara boleh dijadikan bahan jenaka.

Sunday, 10 February 2019

Lagu Berkhemah Si Nopal Popular Terjebak Nyanyi Sekali

Sejak kebelakangan ni ramai mula update status berkenaan dengan lagu berkhemah yang menjadi sebutan orang ramai. Sampaikan ramai yang terikut-ikut untuk menyanyi sekali lagu ini.. Agak berhantu jugalah lagu ni..

siapa search lagu ni comfirm lagu ini akan melekat-lekat kat kepala korang.. haha

berkhemah.. berkhemah..
berkhemah sama si nopal.. si nopal, si nopal,
anaknya bahenol
bahenol.. bahenol..bahenol...
yeihhh..

Tentang Si Nopal dan Cute Girl

Watak si Nopal ini mula wujud sejak tahun 2014 lagi dengan komik sebelum wujudnya video. Komik ini berkisar dari pengalaman dan kehidupan yang ada disekeliling kartunis.

Kalau nak diikutkan dulu watak cute girl ada mata dan hidung dan sekarang untuk versi video dah tak ada mata. Dah tak de bentuk muka. haha

Selain popular di media sosial, kartunis juga pernah menghasilkan komik komedi yang telah dicetak ke dalam format buku. Buku ini telah menampilkan pelbagai pilihan yang telah dikeluarkan di akaun media sosial si Nopal. Isinya terkandung dari cerita lawak umum sehinggalah lawak k-pop. 

komik si nopal
Buku ini telah mula diterbitkan pada tahun lepas 19 oktober 2018 yang memiliki 132 halaman dengan format full colour. Dan buku ini hanya diterbitkan di Indonesia sahaja. 

Sekarang, Si Nopal makin kehadapan dengan buat video yang mencuit hati orang ramai sehingga popular di Malaysia sekarang. 

cute girl dengan pujaan hatinya.
Boleh join akaun instagram Si Nopal [DISINI]

Saturday, 22 September 2018

Viral Cikgu Math Mengajar Dengan Sempoi Je

Cikgu Math yang dikatakan adalah Sir Uzairi yg mengajar mata pelajaran Matematik.

Dan yang menjadi perhatiannya adalah cara cikgu ini mengajar dalam keadaan sempoi je..

no stress dan bergelak ketawa dengan student2x.

untung betul siapa yang jadi student dia ini.. hari2x dok bergelak ketawa dengan gelagat cikgu dia at the same time dapat tau trik matematik dengan mudah.. 

Viral Cikgu Math Mengajar Dengan Sempoi Je
Viral Cikgu Math Mengajar Dengan Sporting Je

Bukan takat sporting je.. cikgu dia boleh tahan handsome kalau girl-girl tengok cair kot tengok dia ini.. siap ada girl cakap lagi handsome dari menteri KBS iaitu Syed Saddiq.. haha

selain mengajar matematik Sir Uzairi ini juga adalah pakar motivasi dan selalu bagi talk kat sekolah yang dijemput.. 

--

Apa yang penting cara penyampaian kat student tu sampai.