√ Despicable Me 2: Mahalnya Pada Minions - Adarain

Despicable Me 2: Mahalnya Pada Minions




[caption id="attachment_152" align="aligncenter" width="300"]Despicable Me 2 Mencuit hati Despicable Me 2 Mencuit hati[/caption]

Sinopsis Despicable Me 2


Filem Despicable Me 2 pada kali ini mengisahkan perompak yang bernama El-macho yang telah mencuri serum FX-41  dan menggunakan serum FX-41 pada minion seterusnya menyebabkan minion bertukar menjadi hodoh dan jahat dengan tujuan untuk melakukan kejahatan ke atas muka bumi.


Menariknya pada filem ini juga ialah watak baru yang diperkenalkan iaitu lucy telah menjadi pasangan ejen kepada Gru untuk menjejaki serta menghapuskan kejahatan El-Macho seterusnya menjadi pasangan hidup kepada gru dan menjadi mak tiri kepada Agnes bersama kakak-kakaknya yang selama ini mengharapkan seorang mak dalam kehidupan mereka.


Dr.Nefario yang pada mulanya berhenti kerja dengan Gru atas alasan ingin melakukan kejahatan dan tidak suka melakukan kebaikan akhirnya kembali bersama berkerja dengan gru kerana tidak mahu keluarga gru diapa-apakan oleh pihak musuh. Untuk ketahui lebih lanjut, pergilah tengok sendiri Filem Despicable Me 2.





[caption id="attachment_153" align="aligncenter" width="300"]Minion yang bertukar warna Ungu hasil injection serum FX-41 Minion yang bertukar warna Ungu hasil injection serum FX-41[/caption]

Review Despicable Me 2


Filem ini sebenarnya sangat menyeronokkan dan korang takkan berhenti ketawa apabila melihat gelagat minion dari awal sehingga akhir filem ini.


Filem ini sangat digalakkan kepada mereka yang mempunyai anak-anak untuk ditonton bersama, mereka yang berada dalam keadaan tertekan, berada dalam mood gembira, dan inginkan lawak jenaka.


'Mahalnya' pada filem ini kerana ada minion yang comel serta pelbagai ragam mereka yang banyak membuatkan kita ketawa sampai menangis dan Jalan cerita pada filem ini hanya biasa-biasa sahaja tidak sehebat Despicable Me One akan tetapi tidak membosankan.


Antara babak yang menarik ialah, Minion berkayak, Minion menyanyi sempena perkahwinan gru dan Lucy, Gru berpura-pura menjadi Pari-pari, minion cuba menjadi ungu tetapi kantoi dan banyak lagi.


Bintang 4/5 untuk filem ini.

Get notifications from this blog

8 comments

  1. tengok sebab minion ni..
    then tertidur.. bila bangun tiba2 boleh tergelak..

    #ops.. tertidur sbb tengok midnight, siangtuh pulak pergi event.. mau tak ngntuk..

    ReplyDelete
  2. biasanya anak2 yang suka cerita begini..

    ReplyDelete
  3. saya belum tengok lagi cma best heeee

    ReplyDelete
  4. kartun ungu menarik perhatian saya hee...

    ReplyDelete
  5. bagus filem macam ni
    memang tak serabut kepala orang menonton

    ReplyDelete
  6. Saya kurang sket cerita kartun nie :)

    ReplyDelete
  7. puteri suka tengok minions tu...diorang memang cute :)

    ReplyDelete
  8. Haha..mesti best kartoon ni..

    ReplyDelete